• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Penubuhan Majlis Media Malaysia Kini Di Peringkat Akhir – Fahmi

oleh Mohd Arshad
20/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPDN Sedia Siasat Dakwaan Kartel Industri Beras
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kerajaan kini dalam fasa terakhir untuk membawa Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMC) ke Kabinet, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara, dan perlu dipertimbang serta diputuskan oleh Jemaah Menteri.

“Insya-Allah (penubuhan Majlis Media Malaysia) tidak berapa lama lagi,” katanya berucap melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia hari ini.

Menurutnya kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan pengamal media di negara ini terbela dan Jabatan Penerangan (JaPen) diseru mempergiat pelbagai inisiatif yang akan memberi manfaat kepada golongan itu.

Fahmi berkata satu pertemuan telah diadakan dengan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong bagi memastikan kebajikan wartawan sambilan (stringer) terbela, khususnya menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Lebih 6,000 wartawan sambilan akan dibela

“Difahamkan daripada 9,750 pemegang kad perakuan media, lebih 6,000 adalah wartawan sambilan dan ini jumlah besar. Aspek kebajikan berkaitan KWSP, PERKESO dalam pertimbangan. Saya perlu sedikit masa untuk bincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa… ada sedikit berita positif untuk wartawan sambilan, berikan kami sedikit masa,” katanya.

Sementara itu, beliau meminta JaPen mengkaji kewajaran meningkatkan tempoh perakuan kad media membabitkan pengamal media antarabangsa, yang ketika ini tempoh sah hanya untuk setahun sahaja berbanding media tempatan iaitu dua tahun.

“Saya lihat ada kewajaran memandangkan ramai rakan media yang terlibat dalam media antarabangsa adalah warga Malaysia dan mereka berpangkalan di negara ini,” katanya.

Bernama-

Tags: Fahmi Fadzilmajlis media malaysiaRUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

03/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,456 kandungan berunsur jelik atau melampau membabitkan kanak-kanak sudah diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial...

Kuota BUDI95 Diperbaharui Hari Ini – Fahmi

Kuota BUDI95 Diperbaharui Hari Ini – Fahmi

01/10/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan kuota 300 liter bagi subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95), diperbaharui hari ini. Jurucakap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd