• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

oleh Mynewshub
28/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan.

“PH menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan oleh UMNO-BN Negeri Sembilan untuk cuba ‘menebuk atap’ dan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, apatah lagi alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak berkait sama sekali dengan prestasi Menteri Besar.

“Tindakan UMNO-BN Negeri Sembilan ini dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat, malah berlaku ketika Kerajaan Perpaduan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global serta sedang berusaha mengurus ekonomi dan mengurangkan beban rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, PH memberi komitmen bahawa, seperti yang telah disembah maklum oleh Pengerusi PH kepada Yang di-Pertuan Besar, pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar akan berjalan seperti biasa.

Menurut beliau, PH akan terus memberi kerjasama kepada kepimpinan kerajaan negeri demi kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat, serta mempertahankan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu. – MYNEWSHUB

 

Tags: adunBarisan NationalBNFahmi FadzilNegeri Sembilanpakatan harapanPengarah KomunikasiPHUMNO
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH

Otak Melayu Mudah Terikut-Ikut, Tambah Pula Yang Bercakap Pakai Serban – Pemimpin PH

28/07/2026
0

SEREMBAN - "Ulang-ulang Islam dan Melayu terancam. Kalau ada, sebutkan apa yang terancam. Bawakan bukti kalau kamu di pihak yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd