• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi

oleh Mohd Arshad
03/11/2025
dalam Utama & Sensasi
0
1,456 Kandungan Jelik Diturunkan Penyedia Perkhidmatan Platform Media Sosial – Fahmi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,456 kandungan berunsur jelik atau melampau membabitkan kanak-kanak sudah diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial sepanjang tempoh 1 Januari 2022 hingga 15 Oktober lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia mengambil pendekatan menyeluruh bagi memastikan kandungan berunsur mudarat dapat dikawal sekali gus melindungi golongan rentan, khususnya remaja dan kanak-kanak.

“Dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Oktober 2025, MCMC sudah mengemukakan 1,521 permohonan kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan jelik atau jelik melampau membabitkan kanak-kanak.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 96 peratus bersamaan 1,456 kandungan sudah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan garis panduan komuniti mereka dan aplikasi undang-undang tempatan yang relevan,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar, di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagi mewujudkan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna, Fahmi berkata, pihaknya sudah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan untuk memohon dan mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi atau ASP(C) di bawah Akta 588 bermula 1 Januari 2025.

“Di bawah kerangka pelesenan ini, terdapat Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial.

“Kod ini antara lain menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan yang memudaratkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memaklumkan, kerajaan juga sudah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuhkan keselamatan dalam talian di Malaysia.

“Akta ini bertujuan untuk mengawal selia kandungan memudaratkan serta menetapkan kewajipan dan obligasi bagi penyedia pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan dan pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesenkan,” katanya.

BHonline-

Tags: Fahmi Fadzilkandungan jelikMCMC
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat

01/06/2026
0

Hanya Individu Berumur 16 Tahun Ke Atas Dibenar Daftar Akaun Media Sosial, Akaun Sedia Ada Bakal Disekat Oleh Mynewshub KUALA...

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

Apabila Tukar Kerajaan, Insya-Allah Kita Akan Berlaku Adil – Isham Jalil

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan siasatan kes terhadap beliau berhubung isu ‘diesel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd