• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurang Bekalan, Permintaan Tinggi Faktor Harga Tomato Naik

oleh Mohd Arshad
15/02/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Nahas Korbankan 3 Tentera: Pemandu Lori Dituduh Di Mahkamah
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM: Kekurangan bekalan selain permintaan tinggi antara faktor mempengaruhi kenaikan harga tomato di pasaran, namun masih lagi terkawal, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang, S Jegan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, berdasarkan kutipan harga runcit tomato yang dilakukan oleh Pegawai Pemantau Harga pada Januari hingga semalam di 40 pasar basah dan 31 pasar raya terpilih di sekitar negeri itu, harga terendah yang dijual ialah RM6 dan tidak melebihi RM10 sekilogram bergantung kepada saiz sayuran itu.

Harga borong tomato yang dicatatkan semalam katanya, adalah kira-kira RM5.30 hingga RM6 sekilogram dengan pemborong mengatakan kenaikan kos belian telah berlaku pada 9 Februari lalu, mencecah RM6.70 sekilogram.

“Untuk makluman, tomato yang dijual di pasar basah di negeri ini kebanyakannya diperoleh dari Cameron Highlands, manakala yang dijual di pasar raya pula diimport dari negara jiran serta tanaman organik.

“Maklum balas yang diperoleh dari ladang di Cameron Highlands mengatakan bahawa berlaku kekurangan bekalan disebabkan tomato yang ditanam masih belum matang untuk dipetik, selain permintaan tinggi yang turut mempengaruhi harga pasaran.

“Bagaimanapun, harga tomato dijangka turun berikutan syarikat pengangkutan beroperasi semula untuk menghantar bekalan sayur-sayuran selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas aduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Selasa lalu, yang mendakwa harga tomato naik mendadak daripada RM8 kepada RM12 sekilogram berbanding RM5.50 sekilogram yang dijual pada bulan lalu.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, harga itu diperoleh hasil tinjauan yang dilakukan di pasaran selain memberitahu ada beberapa peruncit mengadu bahawa terdapat pengedar dan pemborong telah memberi amaran kepada mereka bahawa harga sayuran lain juga berkemungkinan naik tidak lama lagi.

Beliau berkata, CAP menggesa KPDN dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) supaya menyiasat segera kenaikan harga tomato yang didakwa terlalu tinggi serta mengambil tindakan terhadap pihak yang mencatut harga sayuran itu.

Mengulas lanjut, Jegan berkata setakat ini, pihaknya belum dapat mengesan premis yang menjual tomato pada harga yang didakwa pihak CAP itu.

“Pegawai daripada Unit Kawalan Harga telah pun menghubungi pihak CAP untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai premis yang dimaksudkan dan setakat ini, kita masih menunggu jawapan daripada mereka.

“Jika dakwaan itu dan hasil pemeriksaan mendapati perkara itu benar berlaku, maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Kita tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan,” katanya.

Bernama-

Tags: bekalantomato
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nahas Korbankan 3 Tentera: Pemandu Lori Dituduh Di Mahkamah

Next Post

Negeri Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas Perbaiki Enakmen Jenayah Syariah

Related Posts

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

Harga Telur Turun Cetus Permintaan Tinggi, Jejas Bekalan Sedia Ada

19/06/2024
0

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi gred A, B dan C berpotensi mencetuskan...

Bekalan Telur Mencukupi Menjelang Musim Perayaan

21/12/2018
0

NIBONG TEBAL, 21 Dis (Bernama) -- Malaysia tidak perlu mengimport telur ayam dari luar negara dan memberi jaminan bekalan telur...

Next Post
Kurang Bekalan, Permintaan Tinggi Faktor Harga Tomato Naik

Negeri Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas Perbaiki Enakmen Jenayah Syariah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd