KUALA LUMPUR – Rakyat digalakkan menanam sendiri sayur-sayuran seperti kangkung, bayam dan sawi di rumah bagi membantu menyediakan bekalan makanan segar untuk keluarga.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha bercucuk tanam tidak semestinya memerlukan kawasan tanah yang luas kerana ia boleh dilakukan di ruang kecil termasuk balkoni rumah.
Menurut beliau, menerusi Kempen Kendiri, masyarakat boleh bermula dengan tanaman yang mudah dijaga dan mengambil masa singkat untuk dituai.
“Dengan ruang kecil di balkoni rumah pun, kita boleh tanam sayuran cepat dituai seperti kangkung, bayam dan sawi. Dalam tempoh sekitar 20 hingga 35 hari, sudah boleh nampak hasilnya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Mohamad berkata, orang ramai boleh memulakan tanaman mengikut kesesuaian ruang yang ada tanpa perlu melakukannya secara besar-besaran.
Katanya, sedikit usaha yang dilakukan setiap hari mampu menyediakan bekalan sayuran segar untuk kegunaan keluarga sendiri.
“Tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial
Mohamad Sabu


