Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Kejam!! Anjing Dipukul Sampai...

Sejak akhir-akhir ini kes kekejaman terhadap binatang semakin sering berlaku.Ada yang didera hingga...

QZ8501: Tentera Indonesia Henti...

PANGKALAN BUN, Indonesia - Tentera Indonesia hari ini menamatkan misi mencari dan membawa...

Kerajaan Umum Paras Kemiskinan...

KOTA BHARU – Kerajaan akan mengumumkan paras kemiskinan baharu menjelang awal tahun depan...

Dialog Mufti Perlis, Presiden...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin memaklumkan beliau...

Berbalut 24 Jam Sehari

Puchong: “Setiap empat jam saya gunakan pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anak saya,” kata Ku Sarah Syahidah Ku Muhamad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ku Sarah Syahidah, 34, adalah wanita yang kerap berkongsi pengalaman mengenai dirinya, suami, Mohd Nur Adha Suaini, 35, serta dua anak mereka Puteri Auliya Kayyisa, 3, dan Aqil Kaisar berusia lapan bulan yang mempunyai masalah kulit atau ekzema.

Menurutnya, bahagian badan anaknya mempunyai masalah kulit atau ekzema termasuk di kepalanya yang perlu dibalut dengan kain untuk mengekalkan kelembapannya.

Katanya, mereka mempunyai masalah ekzema atau atopic dermatitis dengan dirinya, suami dan anak sulung kategori sederhana manakala anak bongsu agak serius namun ketika ini keadaan Aqil Kaisar semakin baik.

“Sebelum ini, Aqil Kaisar mendapatkan rawatan, hampir empat bulan anak dalam keadaan tidak terkawal dan sentiasa menggaru badan serta kerap menangis.

“Saya perlu dukung anak supaya tangannya tidak selalu menggaru hingga berdarah pada muka, tangan dan kaki, malah ketika itu anak memang menangis sepanjang masa dan kalau senyap pun sekejap saja, tetapi dia akan muram.

“Berat badannya juga menurun ketika di usia empat bulan dan hanya 5.5 kilogram (kg) saja, malah perkembangannya memang terhenti sebab fokus menggaru saja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, disebabkan itu dia yang juga mempunyai masalah ekzema perlu menjaga pemakanannya atas saranan doktor bagi mengesan punca keadaan itu.


“Pesakit ekzema memang sukar dijaga terutama kalau tidak buat rawatan dan selepas rawatan kami masih perlu menjaga anak dengan baik serta meneruskan wet wrap hampir 24 jam (di bahagian bermasalah).

“Kalau keluar rumah memang anak saya perlu pakai pembalut termasuk di kepalanya dan sudah semestinya anak menjadi perhatian ramai.

“Tetapi kadang-kadang saya buka bahagian muka sebab tak mahu orang asyik pandang apabila melihat anak kerana biasanya orang akan tanya kenapa balut. Ramai tak tahu lagi mengenai wet wrap, ramai ingat sebab melecur.

“Wet wrap diperlukan kerana dapat mengelak anak menggaru, sekali gus untuk mengekalkan kelembapan kulit sebab kulit ekzema tak mampu mengekalkan kelembapan kulit,” katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Ku Sarah berkata, dia mahu menyebarkan kesedaran mengenai ekzema kerana tidak mahu orang menuding jari kepada ibu dengan alasan tidak menjaga pemakanan yang menjadi antara penyebab masalah itu kepada anak yang masih menyusu.

“Saya sangat menjaga makan hingga berat badan turun (tetapi anak dan dirinya turut mengalami masalah ekzema) jadi saya mahu orang tidak hanya menuding jari kepada ibu dan antara lain saya mahu ibu bapa lain terus mendapatkan rawatan hospital terutama ekzema yang serius,” katanya.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori