• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Mahu Beg Tangan Diperbuat Daripada Kulit Kaki

oleh
24/02/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita berusia 55 tahun dari Manchester, England yang mengalami penyakit arteri periferal bakal kehilangan kaki selepas menjalani pembedahan.

Dia kini mencari seorang pengilang yang sedia untuk membuat beg tangan kulit menggunakan kulit daripada kakinya yang dipotong itu.

Sewport, platform dalam talian yang menghubungkan jenama dan pengilang, menerima permintaan pelik itu daripada seorang wanita yang mencari pengeluar barangan kulit.

Dia mahu menggunakan kulit daripada kakinya yang akan dipotong atas tujuan perubatan, untuk dijadikan sebagai beg tangan.

Permintaan wanita itu dianggap munasabah kerana sebab-sebab yang diberikannya adalah relevan, dan pencarian pengilang dilakukan.

Lakaran beg tangan menggunakan kulit kaki seorang pesakit. – Foto Sewport

Pesakit tersebut tidak boleh menerima hakikat mengenai kakinya yang akan dipotong akan dibiarkan sia-sia selepas pembedahan.

Sehubungan itu, dia perlu merancang sesuatu bagi memastikan bahagian kaki itu dapat disimpan.

“Saya tahu ia mungkin pelik dan jijik, dan ada yang mungkin fikir saya gila. Tetapi ia adalah kaki saya dan saya tidak boleh terima keadaan ia dibiarkan begitu sahaja,” tulis wanita yang bernama Joan menerusi mesejnya kepada Sewport.

“Ia merupakan sebahagian daripada saya dan saya mahu menyimpannya,” katanya.

Joan kemudian mengirimkan lakaran beg tangan dengan idea menggunakan kulit kakinya kepada Sewport, bagi menunjukkan betapa serius berhubung permintaannya yang luar biasa itu. – odditycentral

Tags: beg tangankulit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Biar Kenderaan Plat Asing Beli RON95 – Fuziah

Berbalut 24 Jam Sehari

08/02/2024
0

Puchong: "Setiap empat jam saya gunakan pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anak saya," kata Ku Sarah Syahidah Ku Muhamad. IKUTI...

Beg Tangan Mikroskopik Dijual Lebih AS$63,000

Beg Tangan Mikroskopik Dijual Lebih AS$63,000

06/07/2023
0

LONDON: Sebuah beg tangan yang dikatakan `lebih kecil daripada sebutir garam’ berjaya dijual pada harga lebih AS$63,000 (RM292,476). Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd