• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Sebulan Nak Kahwin, Muka Bakal Pengantin Melecur Teruk

oleh AK-47
03/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG nasib seorang bakal pengantin perempuan apabila muka dan badannya melecur teruk gara-gara terkena air sup panas dari periuk tekanan (pressure cooker) yang meletup secara tiba-tiba.

Kejadian tidak diduga itu berlaku kepada seorang tukang jahit dan jurusolek sambilan, Siti Salmian, 24 tahun, kurang dari sebulan sebelum berlangsung majlis perkahwinannya.

Siti berkata, selama ini dia tidak pernah menggunakan periuk tersebut dan kebiasaannya sup dimasak oleh ibunya kecuali pada hari kejadian.

“Haritu tekak ni teringin sangat nak makan sup tulang, kebetulan pergi pasar ternampak la tulang-tulang tu jadi memang terus beli.

“Balik rumah macam biasalah kita masak nasi, siang apa yang patut untuk masak ni. Cakap pada mak, nak makan sup tulang… mak pun balas, ‘nak kahwin kan, kenalah belajar masak sup tulang’.

“Kita pun rebus tulang-tulang daging lembu tu dalam pressure cooker macam biasa. Punyalah bodoh sangat ini, kita pun kunci periuk tu.

“Namun tiba-tiba tak tahu macam mana, mungkin perut ni lapar sangat pergilah dapur tengok periuk tu… usiklah pemegangnya, entah macam mana periuk tu meletup habis kena satu muka dan badan,” tulis Siti dalam perkongsian tular wanita itu di laman Facebook

Bagaimanapun Siti menjelaskan dia tidak menyalahkan peralatan memasak tersebut, sebaliknya kecuaiannya dirinya yang tidak mengambil tahu tatacaara penggunaannya sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

“Kebodohan diri sendiri sebab memang tak ‘google’ (kaji di internet) cara guna macam mana (guna pressure cooker) dan nasib pejam mata masa tu kalau tak pejam mugkin mata pun kena sekali,” tambahnya.

Meskipun kini kesan parut diwajahnya sudah beransur pulih, Siti meminta orang ramai supaya mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa dirinya itu.

Malah menasihatkan supaya mencari maklumat di Google atau merujuk dahulu cara pengendalian agar kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Dalam pada itu, Siti memberitahu majlis perkahwinannya akan tetap diteruskan pada 21 April ini dan semoga para pembaca mengambil iktibar dengan kajadian tidak disangkakan ini. -MYNEWSHUB.CC

Tags: kulitmelecur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

Jangan Biar Kenderaan Plat Asing Beli RON95 – Fuziah

Berbalut 24 Jam Sehari

08/02/2024
0

Puchong: "Setiap empat jam saya gunakan pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit anak saya," kata Ku Sarah Syahidah Ku Muhamad. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd