• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Panggilan Individu Menyamar Pegawai MCMC

oleh Mohd Arshad
27/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Akan Mohon Lanjut Tempoh Pinjaman Xing Xing, Liang Liang
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya: Orang ramai diingatkan berwaspada dengan panggilan mencurigakan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

MCMC berkata modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu dan pemanggil akan mengancam dengan menyatakan terdapat aduan terhadap talian digunakan dan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan.

Katanya sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian mereka akan disekat atau disenarai hitam.

“Bermula 1 hingga 25 Januari 2024, MCMC menerima sejumlah 259 aduan dan daripada jumlah tersebut, 238 panggilan pertanyaan telah diterima bagi mengesahkan isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MCMC menegaskan sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan suruhanjaya itu lazimnya dilakukan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang atau platform media sosial miliknya dan pihak berkuasa termasuk MCMC tidak akan meminta butiran dan maklumat perbankan peribadi individu.

Justeru, MCMC berkata orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mendapatkan pengesahan sewajarnya serta jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali dan jangan memindahkan wang kepada akaun yang diragui.

Selain itu, MCMC berkata orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau SMS (khidmat pesanan ringkas) ke talian telefon yang dimiliki.

Orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat dan mengemukakan aduan berhubung penipuan kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian Hotline 997 yang beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam untuk tindakan lanjut.

HarianMetro-

Tags: MCMCpanggilanpegawai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan...

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

Pentadbir Akaun HuaYan The Pureland Learning Centre Dipanggil MCMC

27/04/2026
0

CYBERJAYA, 27 April 2026 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan seorang individu yang dipercayai pentadbir kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd