• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

oleh Mohd Arshad
24/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menampar dan mengetuk dahi seorang bayi lelaki berusia 11 bulan hingga menyebabkan kecederaan awal bulan ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Norliza Osman, 42, mengaku salah sebaik pertuduhan ke atas kesalahan dilakukan di sebuah kediaman di Putrajaya itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

“Saya mengaku (bersalah),” katanya ringkas.

Hakim turut mengarahkan tertuduh yang juga Ibu kepada dua anak itu berkelakuan baik dengan bon jaminan RM3,000 selama tiga tahun.

Tertuduh turut diarah melakukan khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, Norliza sebagai orang yang dipertanggungjawabkan menjaga seorang bayi lelaki didapati menganiaya sehingga menyebabkan kecederaan di sebuah kediaman di Presint 9 di Putrajaya, antara 10 pagi hingga 12 tengah hari, 2 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai perubatan Hospital Putrajaya menerima pesakit iaitu bayi berkenaan yang dibawa ibu bapanya untuk rawatan.

Doktor mendapati bayi berkenaan mempunyai kecederaan lebam dan calar pada dahi, pipi dan telinga kanan akibat didera.

Tertuduh kemudian mengaku menampar dan mengetuk dahi serta pipi sekuatnya di hadapan ibu bapa bayi berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latif memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Norliza yang tidak diwakili peguam merayu tidak dihukum penjara kerana mempunyai anak yang masih bersekolah dan kurang upaya serta perlu menguruskan kehidupan seharian mereka.

BHonline-

Tags: didendaketuk bayiPengasuhTampar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd