• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengantin Baharu Didenda RM4,000 Simpan Gambar Porno Kanak-kanak

oleh Mohd Arshad
30/01/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pengantin Baharu Didenda RM4,000 Simpan Gambar Porno Kanak-kanak
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Seorang jurukimpal yang baru tiga minggu berkahwin didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, selepas mengaku salah memiliki bahan pornografi kanak-kanak, tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Darmafikri Abu Adam ketika menjatuhkan hukuman berkata, mahkamah menimbangkan fakta kepentingan awam iaitu kesalahan dilakukan tertuduh, Muhammad Rafie Razak, 30, adalah serius.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Lelaki itu didakwa memiliki pornografi kanak-kanak di dalam aplikasi Google Drive dan telefon bimbitnya di sebuah rumah di Bukit Baru pada 13 Februari 2023, kira-kira jam 4.45 petang.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum berpandukan seksyen sama.

Jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom sementara tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain.

Terdahulu, peguam memohon hukuman denda ringan kerana itu adalah kesalahan pertama tertuduh yang bekerja sebagai jurukimpal.

Katanya, anak guamnya yang baru tiga minggu berkahwin sudah menyesal atas kesalahan dilakukan dan berjanji tidak mengulanginya pada masa depan.

BHonline-

Tags: didendapengantin baharu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

Penuntut Warga Russia Didenda RM10,000 Rakam Tayangan Filem Di Pawagam

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Russia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merakam tayangan filem dengan...

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

Lelaki Kejar, Takutkan Isteri Dengan Gunting, Didenda RM2,800

29/08/2024
0

MELAKA: Seorang pekerja pengurusan jenazah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah menakutkan isterinya dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd