• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Daim Didakwa Tidak Isytihar Harta

oleh Mohd Arshad
23/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Warga Pakistan Mengaku Rompak, Rogol Wanita Di Jejantas KTMB
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid didakwa ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Bagaimanapun, tertuduh, Na’imah, 67, tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Ya (tidak mengaku bersalah), saya minta bicara,” katanya ringkas dan tenang.

Mengikut pertuduhan, Na’imah didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd; dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz; dua rumah di Persiaran Bukit Tunku dan Jalan Athinahapan, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini; empat lot tanah pegangan bebas di Bukit Tunku dan satu lot tanah, masing-masing di Pulau Pinang dan TTDI.

Kesalahan itu dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 13 Disember 2023 mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi memohon mahkamah menetapkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri ke ibu pejabat SPRM sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

“Syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah dan tertuduh dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

“Tertuduh dalam kes ini adalah sama seperti tertuduh lain, kami berpendapat adalah adil untuk tetapkan syarat seperti tertuduh kes lain,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Na’imah, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin memohon jaminan lebih rendah sebanyak RM250,000 selain membantah penyerahan pasport kepada mahkamah atas alasan anak guamnya bukanlah seorang flight risk.

“Na’imah bukanlah terbabit dengan sebarang kes jenayah yang menjadikannya flight risk dan beliau tinggal (kediamannya) di belakang mahkamah ini sahaja.

“Na’imah tidak akan ke mana-mana dan dia berada di sini untuk melawan kes ini,” katanya.

Azura membenarkan Na’imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pada 10 Januari lalu, Na’imah bersama dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir, memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bagi membantu siasatan rasuah terhadap Daim.

HarianMetro-

Tags: DidakwaIsteri DaimTidak Isytihar Harta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Pakistan Mengaku Rompak, Rogol Wanita Di Jejantas KTMB

Next Post

gmail app download for pc ✓ Access Gmail on Windows 7, 10, 11

Related Posts

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

Next Post

gmail app download for pc ✓ Access Gmail on Windows 7, 10, 11

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd