• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Polis Johor diletakkan dalam keadaan bersiap-siaga susulan amaran banjir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata orang ramai yang terjejas banjir dinasihatkan patuh kepada arahan pemindahan dikeluarkan anggota keselamatan bertugas.

Katanya, mangsa banjir juga mestilah bersedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada bila-bila masa.

“Seluruh pasukan polis negeri ini dalam keadaan bersiap-siaga sepenuhnya terutama dalam memantau kawasan penempatan yang ditinggalkan mangsa banjir.

“Anggota PDRM juga bersiap sedia memberi bantuan kepada mangsa banjir termasuk memastikan proses pemindahan lancar.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya patuh arahan dikeluarkan pihak berkuasa terutama arahan berpindah serta sentiasa berwaspada ketika musim banjir melanda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jumlah mangsa banjir di Johor dilaporkan meningkat semula kepada 1,429 orang daripada 405 keluarga yang ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS), di lima daerah, setakat jam 6 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani dilaporkan berkata, jumlah mangsa banjir di lima daerah terjejas iaitu di Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Johor Bahru dan Kulai itu meningkat berbanding 851 orang daripada 241 keluarga yang ditempatkan di 26 PPS.

Kota Tinggi terus menjadi daerah paling teruk terjejas apabila 640 mangsa daripada 169 keluarga kini ditempatkan di 16 PPS termasuk empat yang baharu dibuka jam 6 petang tadi.

Ia diikuti di Johor Bahru dengan 382 mangsa daripada 104 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS.

BHonline-

Tags: BanjirJohorpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

Johor Melangkah Ke Hadapan Sebagai Pusat Pertumbuhan Serantau Yang Mendapat Perhatian Dunia – Lee Ting Han

03/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini sedang melangkah ke hadapan sebagai pusat pertumbuhan serantau yang semakin mendapat perhatian dunia selepas hampir...

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd