• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Ketua Menteri Sabah Nafi Terbabit Kegiatan Kartel Dadah

oleh Mohd Arshad
14/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Anak Ketua Menteri Sabah Nafi Terbabit Kegiatan Kartel Dadah
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN: Anak Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji menafikan menjadi buruan polis kerana terbabit dengan kegiatan dadah terbesar di negeri itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berikutan itu, beliau hadir membuat laporan berhubung tersebarnya laporan mengaitkan dirinya dengan kegiatan dadah itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran petang tadi.

Mohd Reza dalam laporan polis itu menafikan tuduhan mengaitkan dirinya adalah antara individu yang menjadi buruan polis kerana terbabit dengan kegiatan dadah.

Beliau berkata, tuduhan dan fitnah yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp mengaitkan beliau dengan kegiatan itu sama sekali tidak benar dan hanya memburukkan namanya.

“Semua dakwaan terhadap saya yang mengaitkan dengan kegiatan dadah adalah tidak berasas serta menjejaskan reputasi dan nama baik diri serta keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) mengesan dalang yang menyebarkan tuduhan tidak berasas itu.

Sebelum ini, tular satu rantaian mesej mendakwa anak sulung Ketua Menteri Sabah itu turut terbabit dalam kartel dadah di Sabah yang baru baru ini ditahan dan disiasat polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan berkata polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini yang aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak 2015.

BHonline-

Tags: anakKartel DadahKetua Menteri Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd