Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Salman Khan Dikawal Ketat...

UGUTAN bunuh terhadap selebriti berpengaruh Bollywood bukan sesuatu yang baru sahaja berlaku, dan...

48.7 Peratus Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 48.7 peratus atau 11,400,456 daripada keseluruhan populasi dewasa di...

8 Perampas Bersenjata Dilihat...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya lapan perampas bersenjata dilihat berada atas kapal tangki Malaysia...

“Penyewa Rumah Perangai Macam...

SEBAGAI penyewa, adalah menjadi tanggungjawab untuk menjaga rumah yang disewa dengan baik dan...

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

KUALA LUMPUR: Enam wanita termasuk seorang akauntan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki video lucah yang dikaitkan dengan bapa tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

‘Hot Daddy’ atau nama sebenar Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, sebelum ini didakwa mengiklankan khidmat persundalan menerusi aplikasi X.

Empat daripada wanita berkenaan termasuk seorang penuntut universiti, didenda di antara RM2,500 dan RM4,800 selepas mengaku salah atas tuduhan memiliki video lucah bagi maksud menunjukkannya secara awam.

Tertuduh yang mengaku salah itu adalah Nurnabilah Ayuni Hanafi (penganggur), 22; Amira Natasha Mohammad (pemandu pelancong), 26; Nur A’liaa Muhamad Rosly (penuntut universiti), 22; dan Farah Adila Hanum Khairuddin (eksekutif pemasaran), 36.

Nurnabilah Ayuni dan Amira Nastasha yang didakwa di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim masing-masing didenda RM3,000 manakala Farah Adila yang didakwa di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim didenda RM2,500 dan Nur Aliaa yang didakwa di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan pula didenda RM4,800.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat unit Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Wangsa Maju semalam mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mereka juga diperintahkan dipenjara antara sebulan dan enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, pelajar kolej swasta, Felecia Lisa Nandong ,21, dan akauntan, Norfatihah Ramle, 30, yang turut didakwa tuduhan sama, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin dan Majistret S Arunjothy.


Mahkamah kemudian membenarkan Felecia diikat jamin RM2,000 dan Norfatihah diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 12 Mac dan 26 Mac ini bagi sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiezah Mohamed Fauzi, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, Zuhairi Osman, Sheryn Yong Shi Yee dan Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.

Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hasli Ikhwan Arif dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan.

Mereka ditahan pada 17 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.

Siasatan oleh JSJ sebelum ini mendapati suspek menjual video berkenaan dalam aplikasi X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori