• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Pusat Hiburan Di Seluruh Negara Digempur

oleh Mohd Arshad
01/01/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jepun: Amaran Tsunami Dikeluarkan Selepas Gempa Bumi Magnitud 7.6
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seramai 4,568 pengunjung diperiksa dalam serbuan ke atas 70 pusat hiburan di seluruh negara dalam Op Noda Khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bermula jam 1 pagi hingga 6 pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Bahagian D7 Kontinjen dan Bahagian D7 Daerah di seluruh negara itu menahan 104 rakyat tempatan dan 373 warga asing yang terbabit dalam pelbagai kesalahan berkaitan jenayah dan dadah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), Deputi Komisioner Fadil Marsus, berkata seramai 358 pegawai dan 1,425 anggota JSJ dari seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak terbabit dalam semua serbuan yang dilakukan.

“Serbuan dijalankan ke atas 15 pusat hiburan di Johor, Selangor (12), Kuala Lumpur (9), Pahang (8), Pulau Pinang (7), masing-masing tiga di Melaka, Sabah dan Sarawak, dua serbuan masing-masing di Kedah, Negeri Sembilan dan Perak serta satu di Perlis.

“Dari peringkat D7 Bukit Aman, sebanyak empat serbuan dilakukan,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan ketika serbuan adalah premis beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah, menggajikan pelayan pelanggan (GRO) warga asing tanpa permit, positif dadah selepas saringan ujian air kencing dijalankan dan tiada dokumen pengenalan yang sah.

“Dalam operasi ini, kita menahan 270 wanita warga asing dari Vietnam, Thailand, Bangladesh, China, Myanmar, Laos, Indonesia dan Filipina serta 103 lelaki warga asing.

“Polis turut merampas wang tunai RM20,912.00, 47 pembesar suara, 20 amplifier, 52 mikrofon, 102 botol minuman keras, 12 dek DJ, dekoder mikrofon dan 154 resit,” katanya.

Fadil berkata, Ops Noda Khas yang dijalankan dilihat dapat memberi impak kepada masyarakat bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya JSJ memandang serius mengenai elemen pusat hiburan yang menyalahi undang-undang yang ada di seluruh negeri.

“JSJ turut mengalu-alukan sebarang maklumat dari orang awam mengenai sebarang kesalahan jenayah, aktiviti tidak bermoral dan penyalahgunaan dadah membabitkan mana-mana premis hiburan,” katanya.

BHonline-

Tags: DigempurJSJpusat hiburan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

23/11/2024
0

JOHOR BAHRU - Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) termasuk seorang lelaki warga tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd