• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

oleh Mohd Arshad
02/08/2025
dalam Jenayah
0
Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

Serbuan pada jam 12.30 tengah malam itu dilaksanakan menerusi Ops Gegar membabitkan 15 pegawai dan anggota penguat kuasa.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata seramai 32 individu diperiksa dan 27 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Menurutnya, tangkapan terdiri daripada 10 lelaki dan 12 wanita warga Myanmar, tiga lelaki dan seorang wanita warga Nepal serta seorang lelaki warga Bangladesh.

“Premis ini turut dipasang sistem keselamatan lengkap, termasuk tiga lapis pintu keselamatan yang perlu ditembusi pasukan serbuan sebelum berjaya memasuki premis terbabit.

“Keadaan premis kelihatan kosong ketika pintu dibuka, namun hasil pemeriksaan lanjut menemukan pintu rahsia yang membawa ke ruang utama pusat hiburan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, 12 wanita warga Myanmar yang ditahan dalam serbuan itu disyaki berkhidmat di pusat hiburan itu sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).

Katanya, khidmat GRO ditawarkan kepada pelanggan yang berminat dengan harga antara RM80 hingga RM150 bergantung kepada jenis kalung yang dipilih pelanggan sebagai tanda isyarat.

“Tip ini menjadi isyarat kepada GRO untuk melayani pelanggan tertentu mengikut bayaran yang dipersetujui.

“Selain itu, maklumat awal juga menunjukkan terdapat tawaran khidmat seks di luar premis yang dibincangkan secara peribadi antara pelanggan dan GRO,” katanya.

Wan Mohammed Saupee berkata, semua individu yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, satu saman saksi (Borang IMM.29) turut dikeluarkan susulan daripada serbuan itu.

-Berita Harian

Tags: GROMyanmarpusat hiburan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad

Sedia Tarik Balik Pasukan ATM Jika Keselamatan Terancam Di Myanmar- Mohamad

18/04/2025
1

TAPAH: Malaysia bersedia menarik balik pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihantar ke Myanmar sekiranya keselamatan mereka terancam. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd