• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

oleh Mohd Arshad
23/11/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) termasuk seorang lelaki warga tempatan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, awal pagi tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, serbuan menerusi Op Noda itu dilakukan pada jam 1.30 pagi.

“Menerusi serbuan ini kita menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun yang bekerja sebagai penjaga kaunter dan 15 wanita warga asing berusia 20 hingga 34 tahun yang bekerja sebagai GRO.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut pelbagai merampas barangan seperti speaker, mikrofon, helai resit perniagaan serta tiga helai kain selempang,” katanya.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati premis itu disyaki menjalankan perniagaan hiburan tanpa lesen, menggaji pekerja asing tanpa permit dan menyalahgunakan pas lawatan serta bekerja tanpa permit yang sah.

“Semakan lanjut mendapati kesemua tangkapan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun, seorang suspek dikenakan reman selama dua hari bermula hari ini manakala 15 suspek lagi dibenarkan untuk direman selama empat hari bermula hari ini,” katanya.

Katanya, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah dan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk serta berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah.

“Mereka turut disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor serta Seksyen 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan, Perniagaan dan Perindustrian kerana menjalankan kerja tanpa lesen,” katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti tidak bermoral boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

SinarHarian-

Tags: ditahanGROpusat hiburan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cadangan Kerja Empat Hari Setengah, Langkah Proaktif

Next Post

RM2.1 Juta Kutipan Saman PDRM Dicatat Pada Hari Pertama 2TM

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Next Post
RM2.1 Juta Kutipan Saman PDRM Dicatat Pada Hari Pertama 2TM

RM2.1 Juta Kutipan Saman PDRM Dicatat Pada Hari Pertama 2TM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd