• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tedung Selar Empat Meter Dalam Bilik Tidur Warga Emas

oleh Mohd Arshad
27/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Datuk 70 Tahun Dituduh Buat Amang Seksual Fizikal Cucu Perempuan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG: Seorang warga emas tidak menyangka bayangan seolah-olah seekor ular tedung selar sedang mengembangkan kepala adalah satu kenyataan apabila reptilia itu sebenarnya berada di dalam sebuah bilik di rumahnya.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Abdul Halim Muda, 67, dari Kampung Sungai Ular di sini, berkata pada mulanya dia menyangka hanya bayangan atau mainan perasaan sahaja.

Katanya, berikutan rasa curiga, dia meminta seorang anaknya memeriksa sebuah bilik tidur di rumah mereka, namun tidak menemui apa-apa.

“Namun, pemeriksaan terhadap sebuah lagi bilik tidur menemui reptilia itu sedang bersembunyi, kira-kira jam 6.50 petang.

“Bimbang keselamatan lapan lagi ahli keluarga, kami menghubungi bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), yang datang membantu menangkapnya,” katanya.

Abdul Halim berkata, kejadian ini adalah kali keempat ular memasuki rumahnya, namun sebelum ini bukan dari spesies tedung selar.

“Alhamdulillah, mujur tergerak hati untuk meminta anak memeriksa bilik tidur kerana pada mulanya ingatkan bayangan sahaja, namun ia teryata betul,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Terengganu, Kapten Mohd Zabri Abd Razak, berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.10 malam, sebelum lima anggotanya bergegas ke rumah berkenaan.

“Pasukan kami mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap reptilia terbabit yang berada di dalam salah sebuah bilik tidur.

“Buat masa ni ular sepanjang empat meter dan seberat 20 kilogram itu disimpan sementara di pejabat APM Daerah Hulu Terengganu sementara dilepaskan semula ke habitat asalnya dalam hutan jauh daripada perumahan,” katanya.

BHonline-

Tags: bilik tidurTedung Selarwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd