Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

“Tak Masuk Akal Hapus...

SEMPORNA - Cadangan Pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya...

Seorang Maut, Dua Parah...

KEMAMAN - Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah selepas kereta yang dinaiki...

Kesihatan Juga Aset Utama...

SEREMBAN - Pepatah Melayu ada menyatakan 'sediakan payung sebelum hujan' manakala pepatah Inggeris...

Pemimpin GPS Bertemu Mahathir...

PUTRAJAYA - Beberapa pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 Disember bagi menjatuhkan hukuman terhadap pekerja teknologi maklumat (IT) yang dituduh menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam satu insiden kemalangan jalan raya pada 2019.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Julia Ibrahim menetapkan demikian selepas mendengar permohonan dibuat pihak pembelaan, peguam mewakili tertuduh Yew Wei Liang, Wee Choo Keong yang memohon tempoh untuk penyediaan hujahan mitigasi sebelum hukuman dijatuhkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin bagaimanapun memohon mahkamah mengambil kira kehadiran ahli keluarga mangsa termasuk balu Allahyarham Syed Muhammad Danial ke mahkamah hari ini.

Beliau memberitahu pendakwaan turut mencadangkan untuk memohon kos pendakwaan dan pampasan kepada keluarga di bawah Seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Selain itu, pendakwaan juga akan mengemukakan kenyataan impak mangsa yang akan dibuat oleh balu kepada mahkamah selaras dengan Seksyen 183A kanun sama.


Hakim kemudian memaklumkan penetapan tarikh pada Khamis ini juga bagi membolehkan maklum balas diperolehi daripada pihak pembelaan terhadap permohonan pihak pendakwaan di bawah Seksyen 426 KTJ sekiranya dikemukakan.

Terdahulu, Wei Liang, 45, didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial.

Bagaimanapun, Julia di akhir kes pembelaan memutuskan kesalahan dilakukan Wei Liang dijatuhkan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (KK) dan bukan seperti pertuduhan asal Seksyen 302 KK.

Berdasarkan pertuduhan asal, Wei Liang didakwa membunuh Syed Muhammad Danial di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan antara pukul 1 tengah hari hingga 2 petang, 10 Ogos 2019.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori