• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

Anwar berkata, siasatan perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian serta mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam kejadian berkenaan.

“Saya telah meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca serta apa yang sebenarnya berlaku.

“Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Anwar turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian pelajar berkenaan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga serta waris mangsa.

Menurut beliau, keselamatan kanak-kanak dan pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.

Terdahulu, pelajar Tingkatan Empat berusia 16 tahun itu ditemukan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng petang semalam selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas bimbingan.

Polis Johor sebelum ini meminta orang ramai dan pihak media memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan serta tidak membuat spekulasi kerana fakta dan maklumat berhubung kejadian masih dikumpulkan.

Dalam perkembangan terbaharu, tiga pelajar berusia 16 tahun dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan masih berjalan dan pihak polis dijangka mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai perkembangan kes.

Anwar mengakhiri hantarannya dengan mendoakan keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian tersebut. – MYNEWSHUB

Tags: ArahkematianPelajar 16 TahunPMX AnwarSiasatan SegeratelusYong Peng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Periksa Menyeluruh, Jangan Sembunyikan Apa-Apa

Fadhlina Arah Periksa Menyeluruh, Jangan Sembunyikan Apa-Apa

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan semua perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM) diperiksa secara...

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd