• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Serah Kepada 27 Pimpinan Parti Tentukan Nasib Dirinya Esok

oleh Mohd Arshad
23/12/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Tiga Penjenayah Warga Asing Maut Di Tangan Polis’
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu, menyerahkan sepenuhnya kepada 27 pimpinan yang akan dipilih perwakilan esok untuk menentukan barisan baru kepimpinan parti itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau turut menjelaskan, tidak mempunyai ‘kem’ atau pembentukan pasukan tertentu yang ditubuhkan untuk memberi sokongan kepadanya bagi terus menerajui parti.

“Saya tidak ada kem. (Pemimpin dipilih) akan melihat siapa yang berupaya mengemudi parti untuk masa depan. Ada 27 pemimpin, kalau pilih siapa pun, ahli parti akan terima pasukan yang akan diumumkan petang esok.

“Dalam parti politik ini, kena terima sesiapa saja diterima oleh ahli dan pimpinan ahli. Seramai 27 pimpinan akan tentukan dan kita serah lah kepada mereka tentukan kedudukan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Pidato Presiden serta merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, setakat hari ini, beliau sendiri tidak tahu dari segi peluangnya sama ada akan dipilih semula untuk menerajui parti atau sebaliknya.

“Saya tak tahu (dipilih semula atau tidak). Setiap hari hanya pergi pejabat, tengok telur ayam dan padi,” katanya.

AMANAH akan mengadakan pemilihannya petang esok sebaik berakhir konvensyen mereka, dengan kaedah pemilihannya akan dilakukan menerusi undian dalam talian.

Sementara itu, Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli, berkata pada pemilihan esok, lebih 1,000 perwakilan yang layak akan memilih 27 dari 102 pemimpin yang sudah mencalonkan diri sebelum ini.

“Kita akan mengundi sekitar jam 4 hingga 5 petang. Selepas undian ditutup, kita akan dapat keputusan (27 pemimpin yang dipilih).

“Kemudian 27 pemimpin dan tiga pemimpin sayap akan mengadakan perbincangan dipengerusikan pengerusi tetap untuk menentukan ‘top five’ iaitu masing-masing seorang presiden dan timbalan presiden serta tiga naib presiden,” katanya.

Beliau berkata, siapa yang akan dipilih menerajui AMANAH selepas ini dijangka diketahui lewat petang esok, sementara barisan Ahli Jawatankuasa AMANAH yang lain akan diputuskan kemudian.

BHonline-

Tags: AmanahMat SabupartiPimpinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

Keakraban Orang Melayu Terhadap UMNO Tidak Lagi Seperti Dahulu

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Realiti semasa menunjukkan sokongan dan keakraban orang Melayu terhadap UMNO tidak lagi seperti dahulu. Timbalan Presiden UMNO,...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd