• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Colorado Sekat Trump Tanding Jawatan Presiden

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Colorado Sekat Trump Tanding Jawatan Presiden
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES: Mahkamah Rayuan di Colorado hari ini memutuskan Donald Trump tidak boleh bertanding pada undian utama presiden susulan tindakannya dalam serangan ke atas Capitol pada 2021 yang menyebabkan dia hilang kelayakan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Majoriti berpendapat Trump hilang kelayakan daripada memegang jawatan presiden mengikut Seksyen Tiga Pindaan ke-14 Perlembagaan Amerika Syarikat (AS).

“Oleh kerana dia hilang kelayakan, ia adalah satu tindakan yang salah di bawah Kod Pilihan Raya untuk Setiausaha Negeri Colorado menyenaraikan beliau sebagai calon dalam undian utama presiden,” kata Mahkamah Agung Colorado dalam penghakimannya.

Keputusan itu bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu rayuan pada 4 Januari ini.

Keputusan penghakiman Mahkamah Agung Colorado itu hadir

selepas sekumpulan pengundi mencabar keputusan awal yang menyatakan sebagai calon presiden, Trump jelas terbabit dalam insiden pada 6 Januari itu sekali gus tidak membenarkannya bertanding semula.

Keputusan itu bagaimanapun bergantung kepada tafsiran pindaan ke-14 perlembagaan AS yang menghalang seseorang daripada memegang ‘mana-mana jawatan… di bawah AS’ jika mereka terbabit dalam tindakan pemberontakan selepas mengangkat sumpah sebagai ‘pegawai AS’, untuk menyokong Perlembagaan.

Bagaimanapun pindaan itu tidak boleh digunakan untuk Trump, kata mahkamah rendah kerana jawatan presiden tidak termasuk dalam jawatan pilihan raya persekutuan yang terjejas.

Jurucakap Trump menggelar keputusan Colorado sebagai ‘tidak demokratik’ dan berikrar untuk membawa kes itu ke Mahkamah Agung AS.

BHonline-

Tags: Amerika SyarikatMahkamah Rayuanpresiden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

Mahkamah Rayuan Tangguh Prosiding Kebankrapan Najib, Nazifuddin

04/09/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd