• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDN Serbu Kedai Enggan Jual Minyak Masak Peket

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KPDN Serbu Kedai Enggan Jual Minyak Masak Peket
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Tindakan seorang peniaga enggan menjual minyak masak peket kepada pembeli mengundang padah apabila kedai runcitnya diserbu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Premis di Desa Chepor Indah itu diserbu kira-kira pukul 12.04 tengah hari susulan aduan awam berkaitan keengganan peniaga menjual minyak peket bersubsidi kepada warga tempatan.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, penyamaran menerusi Op Samar itu dilakukan penguatkuasa yang bertindak sebagai pembeli warga tempatan dengan melakukan uji beli minyak masak berkenaan.

Bagaimanapun katanya, penjual kedai runcit itu memaklumkan yang minyak masak di premisnya sudah habis dijual.

“Curiga dengan kenyataan peniaga itu, anggota penguatkuasa menjalankan pemeriksaan di kedai berkenaan dan menjumpai lima kotak minyak masak peket sekilogram yang diletakkan di tepi kaunter dan belakang premis.

“Siasatan terhadap seorang wanita berusia 37 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis, tidak dapat memberikan jawapan jelas kenapa minyak masak itu tidak boleh dijual kepada pembeli selain memaklumkan ia telah habis dijual ketika diminta,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kamalludin, berdasarkan pemantauan, kedai runcit itu beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 9 malam dan sering dikunjungi warga asing.

Sehubungan itu katanya, tindakan sitaan dilakukan ke atas barang kawalan tersebut iaitu 90 peket minyak minyak masak satu kilogram serta salinan lesen runcit barang kawalan (CSA), salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM) dan dokumen yang berkaitan.

“Nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM225. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16A(1)(b) iaitu enggan menjual barang kawalan kecuali dengan kebenaran Pengawal atau mana-mana pengawal bekalan yang diberi kuasa oleh Pengawal secara bertulis,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: kedaiKPDNminyak masak paket
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd