• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Cuti Khas Peristiwa Ahad Depan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Cuti Khas Peristiwa Ahad Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Kerajaan negeri mengumumkan Ahad depan (17 Disember) sebagai cuti khas peristiwa sempena Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjuarai Liga Super buat kali ke-10 dan Piala Malaysia 2023.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, satu sambutan meraikan peristiwa bersejarah itu akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, jam 8.30 malam, pada Sabtu depan, 16 Disember.

“JDT telah melakar sejarah gemilang bola sepak negeri Johor apabila menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke-10 berturut-turut.

“Ini suatu dekad dominasi kelab bola sepak JDT dalam kancah bola sepak negara.

“Menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan ini kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan Ahad, 17 Disember sebagai hari cuti khas peristiwa bagi seluruh rakyat Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemberian cuti khas peristiwa itu bukan sahaja bertujuan untuk meraikan kejayaan gemilang JDT, tetapi sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada pihak yang terbabit serta rakyat Johor sendiri.

Ia kerana, katanya, rakyat Johor dan pihak lain yang terbabit sama sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada JDT untuk melakar sejarahnya yang tersendiri dalam arena bola sepak negara.

“Kita juga akan meraikan kejayaan JDT yang meraih kejayaan dalam menjulang trofi Piala Malaysia pada malam tadi.

“Keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369],” katanya.

Semalam, JDT menewaskan Terengganu FC dengan 3-1 dalam aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sekali gus menyapu bersih empat piala yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak Malaysia.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super biarpun masih berbaki dua perlawanan.

-Harian Metro

Tags: Cuti Khas PeristiwaJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua sekolah di seluruh Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan...

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd