• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan COVID-19 Di Singapura Meningkat Dua Kali Ganda

oleh Mohd Arshad
02/12/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jangkitan COVID-19 Di Singapura Meningkat Dua Kali Ganda
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA: Jangkitan COVID-19 di Singapura menunjukkan peningkatan ketara, kata Kementerian Kesihatan (MOH), hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sehubungan itu, MOH menggesa orang ramai mengemas kini vaksin mereka.

Ia berikutan jumlah jangkitan COVID-19 dianggarkan meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 22,094 kes antara tempoh 19 hingga 25 November lalu, berbanding 10,726 kes pada minggu sebelumnya.

“Purata kemasukan harian COVID-19 dan kes unit rawatan rapi (ICU) kekal stabil,” kata kementerian itu.

MOH berkata, peningkatan jangkitan mungkin disebabkan oleh faktor seperti musim melancong akhir tahun dan imuniti penduduk yang semakin berkurangan.

EG.5 dan subvarian HK.3 kekal sebagai subvarian utama di Singapura, dengan ia menyumbang lebih daripada 70 peratus daripada jujukan kes.

“Pada masa ini, tiada petunjuk subvarian utama lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk berbanding varian lain yang merebak,” kata MOH.

Menyedari peningkatan penyakit pernafasan di negara-negara hemisfera utara pada bulan-bulan musim sejuk, MOH berkata, kejadian keseluruhan penyakit pernafasan di Singapura kekal stabil sejak sebulan lalu.

“Tiada tanda-tanda peningkatan penyakit pernafasan yang teruk termasuk pada kanak-kanak,” katanya.

China yang menyaksikan lonjakan ‘penyakit seperti influenza’ sejak pertengahan Oktober, berkata lonjakan itu disebabkan penarikan sekatan COVID-19 dan peredaran patogen yang diketahui iaitu influenza dan jangkitan bakteria biasa yang menjejaskan kanak-kanak termasuk radang paru-paru mycoplasma.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pihak berkuasa China memaklumkan, pihaknya tidak mengesan sebarang ‘patogen luar biasa atau baharu’ di utara negara itu.

MOH Singapura berkata, setakat ini WHO menyatakan trend peningkatan penyakit pernafasan tidak dijangka disebabkan oleh bermulanya musim sejuk.

BHonline-

Tags: Covid-19meningkatSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji sektor swasta...

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd