Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Aib Teman Wanita, Lelaki...

AMPANG - Seorang mekanik didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini...

Anak Sara Ibu Bapa...

KUALA LUMPUR - Mulai tahun depan, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibu...

Mahathir Akui Manifesto PH...

KANTOI... Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui pernah menasihatkan Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan...

Pemohon Rumah Impian Bangsa...

JOHOR BAHRU - Para pemohon Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) diminta mengemaskini data...

Jangan Terpedaya Perkhidmatan ‘Cash-Out’ eMadani – PDRM

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran-tawaran perkhidmatan di media sosial terutama berkenaan penebusan kredit eMadani kepada wang tunai.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, meskipun tiada laporan diterima berkaitan penipuan program eMadani namun langkah berwaspada wajar diambil oleh orang awam.

“Selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan program eMadani yang bermula pendaftarannya semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menasihatkan masyarakat agar mengambil langkah berwaspada bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan.

“Justeru PDRM menggesa agar pendaftaran program eMadani dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan e-dompet Touch ‘n Go.

“Pengguna juga dinasihatkan untuk tidak menekan sebarang pautan daripada mana-mana iklan ata emel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai juga ditegaskan untuk tidak menggunakan orang tengah sebagai pendaftar bagi akaun e-dompet dan mematuhi syarat-syarat penggunaan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.


Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan yang dilaksanakan secara sekali bayar (one-off) itu dibuka mulai 4 Disember hingga 20 Februari 2024.

Ia merupakan inisiatif daripada Kementerian Kewangan (MoF) dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai, memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.

Bagaimanapun, MoF dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan akan mengambil tindakan tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.

Katanya, langkah itu bakal diambil sekiranya terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori