• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang DUN: 187 Sekolah Johor Sedia Dijadikan PPS – Norlizah

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sidang DUN: 187 Sekolah Johor Sedia Dijadikan PPS – Norlizah
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 187 sekolah di negeri ini berada dalam keadaan bersiap siaga untuk dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir ekoran musim tengkujuh pada masa ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh berkata, semua sekolah terlibat telah mengadakan mesyuarat bagi menyelaras situasi semasa banjir dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Setiap daerah terlibat, dengan jumlah paling banyak melibatkan Batu Pahat sebanyak 73 sekolah, Segamat (25), Kluang (22), Muar (16) dan Tangkak (15). Semua sekolah terlibat dalam keadaan siap siaga ketika ini.

“Johor perlu bersiap sedia berdepan monsun antara Disember hingga Januari akan datang dan pada tempoh itu sesi persekolahan masih lagi berlangsung. Oleh itu, matlamat kita adalah memastikan sesi persekolahan tidak terganggu walaupun berlaku banjir, ini termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Norlizah berkata, antara persediaan itu termasuk menempatkan perabot sekolah serta buku-buku teks tidak musnah dalam bencana banjir seperti yang terjadi, sebelum ini.

“Kita telah belajar daripada pengalaman apabila perabot atau perkakas yang berdepan risiko kerosakan akan dialihkan ke tempat selamat terlebih dahulu kerana sebelum ini kerusi bangku semua rosak, jadi kali ini kita buat persiapan betul-betul.

“Bagi calon-calon SPM pula, sekiranya sekolah mereka terjejas, kita akan pindahkan mereka ke tempat bersesuaian untuk terus mengambil peperiksaan itu.

“Kita juga tidak mahu ia ditangguhkan kerana akan menyebabkan kesulitan, khususnya kepada calon-calon kelak,” katanya sambil memaklumkan bahawa aspek pengurusan, pengendalian dan keselamatan ditetapkan berpandukan pekeliling Persediaan Menghadapi Banjir Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan atau Operasi Payung.

Operasi Payung itu dikeluarkan Pengarah Peperiksaan bagi memastikan keselamatan kertas peperiksaan, calon peperiksaan, petugas dan skrip jawapan calon dalam keadaan baik.

UtusanOnline-

Tags: BanjirJohorPPSSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd