Wednesday, November 29, 2023

Creating liberating content

Islam Akan Keciciran Jika...

GEORGETOWN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah umat...

Polis Tahan Lelaki Dipercayai...

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dalam rondaan cegah jenayah...

Pendaki Wanita Terkandas Diselamatkan...

LIPIS: Seorang pendaki wanita dipercayai kehabisan tenaga serta terkandas di Kem Berlumut, Merapoh...

Kastam KLIA Rampas Dadah...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Sekolah Terima Ancaman Bom, Polis Pulau Pinang Buka Dua Kertas Siasatan

Georgetown : Polis Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan susulan dua sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ugutan ancaman bom, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, V Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan daripada sekolah antarabangsa di Tanjung Bungah pada 11.20 pagi manakala sekolah di Jalan Sungai Pinang jam 12.27 tengah hari.

“Kedua-dua pengurusan sekolah itu menerima emel daripada [email protected] dengan tajuk ‘bahan letupan telah ditanam di sekolah’ hari ini.

“Kandungan emel menceritakan penghantar mengalami masalah hidup yang mana dia dibenci orang sekeliling dan ayah merogolnya sejak kecil serta dihina di sekolah.

“Susulan itu, Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Unit Anjing Pengesan (K9) serta bomba dikerah ke lokasi bagi pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, hasil pemeriksaan tiada sebarang penemuan yang mencurigakan dan dua kertas siasatan dibuka berhubung insiden itu.

“Kita juga akan memohon semakan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengenai pasti butiran pemilik emel itu.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan sebanyak sembilan sekolah antarabangsa menerima ancaman bom.

Tujuh daripadanya ialah sekolah antarabangsa iaitu di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat terima ancaman itu.

Dua lagi sekolah di Wangsa Maju turut menerima ancaman melalui hantaran emel.

Turut tular beberapa hantaran di media sosial berhubung ugutan ancaman bom di sekolah antarabangsa susulan ibu bapa kepada pelajar di sekolah berkenaan dikatakan menerima panggilan daripada pihak sekolah yang meminta menjemput anak mereka pulang disebabkan ancaman itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori