• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
28/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti mudah dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau memaklumkan telah meneruskan lawatan ke sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Port Dickson melalui Program Serahan Sumbangan Pemangkin Kecemerlangan SPM 2026.

Dalam lawatan tersebut, beliau mengunjungi Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (SMATKEM) yang mencatatkan prestasi memberangsangkan apabila menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) daripada 2.36 kepada 2.13, selain menyasarkan pencapaian lebih baik iaitu 1.89 tahun ini.

Menurut beliau, sekolah itu turut berjaya mengekalkan 100 peratus kelayakan sijil selama empat tahun berturut-turut, sekali gus membuktikan komitmen tinggi warga pendidik dan pelajar.

Sehubungan itu, Aminuddin menasihatkan pelajar agar membuat persediaan awal dan konsisten dalam pelajaran, selain menekankan bahawa kejayaan memerlukan disiplin, kesungguhan dan pengorbanan.

Beliau turut menegaskan peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk generasi cemerlang, dengan pengorbanan hari ini diyakini mampu membuahkan hasil membanggakan pada masa hadapan.

Dalam lawatan sama, beliau turut mengunjungi SMK Kampung Baru Si Rusa dan mencabar pelajar untuk meningkatkan prestasi dengan sasaran GPS di bawah 2.00, selari dengan potensi yang dimiliki.

Katanya, dengan jumlah calon melebihi 100 orang, setiap pelajar perlu mempunyai strategi jelas khususnya dalam subjek teras seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Sejarah bagi mencapai keputusan cemerlang.

Beliau optimis bahawa dengan usaha berterusan, disiplin tinggi serta sokongan guru dan ibu bapa, para pelajar di negeri ini mampu mencapai kejayaan lebih gemilang. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun

 

Tags: Datuk Seri Aminuddin Harunlawatan rasmimenteri besarNegeri SembilanSekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd