• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penipuan Dalam Talian Naik 23 Peratus

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
BN Sedia Hadapi Lawan Di Kemaman
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK: Kemeterian Komunikasi dan Digital mendedahkan penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus daripada 15,659 kepada 19,224 sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini bermula Januari lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalannya Teo Nie Ching berkata, pertambahan kes itu melibatkan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM687 juta sebagaimana statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

“Selain itu, dibawah Pusat Tindakbalas Insiden Siber Cyber999 yang dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia sepanjang tahun lalu telah merekodkan sebanyak 7,292 insiden keselamatan siber.

“Bagaimanapun pada tahun ini bermula Januari hingga Oktober sebanyak
4,898 insiden keselamatan siber telah diterima. Ia membabitkan kes penipuan dalam talian (fraud) sebanyak 3,087 kes,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Kelantan di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, di sini hari ini.

Perasmian majlis itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

Ahli Parlimen Kulai itu memberitahu, sehingga 31 Oktober lalu sebanyak 4,013 penurunan akaun dan kandungan penipuan telah ditutup.

Katanya, pada masa sama 1,764 laman sesawang palsu berkait penipuan pemancingan maklumat (Phishing) telah disekat oleh pihak kementerian.

“Kita juga sudah menyekat 410,590,277 kandungan mesej dari sistem pesanan ringkas (SMS) berkait penipuan sepanjang Januari sehingga September tahun ini.

“Bukan itu sahaja, 19 juta SMS yang mengandungi pautan palsu sepanjang 2 Mei sehingga September tahun ini telah disekat oleh pihak kerajaan,” ujarnya.

Nie Ching berkata, golongan profesional seperti pensyarah, guru, jurutera, doktor, ahli perniagaan serta pesara dan warga emas merupakan antara kumpulan yang menjadi mangsa kepada penipuan ini.

UtusanOnline-

Tags: meningkatPenipuan Dalam Talian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji sektor swasta...

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

Cuaca Berjerebu, IPU Semakin Meningkat

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) memaklumkan ibu negara mencatatkan kemerosotan kualiti udara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd