Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

AmBank Islamic Jadi Rakan...

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) dan AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic)...

Tak Sanggup Rakan Baik...

SEBAGAI rakan baik, pelakon Johan As'ari tidak bersetuju dan agak terkilan dengan kata-kata...

APMM Tahan 14 Warga...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 14 warga Indonesia termasuk seorang...

55 Orang Terbunuh Dalam...

ABUJA, Nigeria – Pihak berkuasa Nigeria mengisytiharkan perintah berkurung 24 jam di negeri...

Konflik Palestin-Israel: Sudah Tiada Tempat Selamat, Masjid, Gereja Kena Bom

PETALING JAYA – Seorang jurugambar Palestin, Motaz Azaiza, mendedahkan tiada lagi tempat selamat untuk dijadikan kawasan berlindung buat penduduk di negaranya ekoran tindakan rejim Israel memusnahkan hampir keseluruhan Gaza.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Motaz, selain kawasan kediaman, tentera Israel turut mensasarkan rumah ibadat termasuklah masjid dan gereja yang dijadikan tempat perlindungan sementara penduduk di Semenanjung Gaza.

“Mereka menggunakan gereja untuk berlindung, tetapi seperti saya kata tiada tempat selamat di kawasan ini (Gaza),” katanya menerusi hantaran di Instagram kelmarin.

Motaz antara pempengaruh yang mempungai pengikut ramai di media sosial dengan jumlah 6.6 juta orang dan namanya semakin popular kerana sering berkongsi perkembangan terbaharu mengenai situasi di Gaza.


Terdahulu, kisah Motaz menjadi tular selepas dia sendiri membuat liputan mengenai kematian 15 ahli keluarganya yang syahid selepas kediaman mereka di kem pelarian Deir al-Balah di bom akibat serangan udara tentera Israel pada 12 Oktober lalu.

Selain itu, Motaz turut meluahkan rasa sedih menerusi hantaran terbaharunya hari ini apabila mengenangkan pemergian rakan wartawannya yang telah dibunuh dengan kejam akibat konflik antara Palestin dengan Israel.

“Wartawan Yaser Murtaja, dibunuh oleh Israel pada lima tahun lalu sewaktu demonstrasi aman Great Return March, seorang lagi wartawan, Roshdi Sarraj, dibunuh semalam oleh musuh kejam yang sama,” luahnya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori