Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Golongan Konservatif Agama: KJ...

PUTRAJAYA - Pandangan atau dakwaan bahawa BN menggunakan golongan konservatif agama untuk terus...

Projek Rundingan Terus Bercanggah...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak menjadikan satu...

1MDB Akan Terus Beroperasi,...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan terus beroperasi walaupun selepas pelan...

Demi Cinta Lelaki Sanggup...

CHARLOTTE Von Schedvin adalah seorang wanita yang menarik, dengan rambut perang, bermata biru...

Keputusan PRK Pelangai Diumum Jam 9 Malam Ini

BENTONG : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang bermula jam 8 pagi selesai selepas semua pusat mengundi ditutup pada jam 6 petang tadi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Semua peti undi dari sembilan pusat pengundian membabitkan 30 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul di sini sebelum keputusan rasmi diumum, yang dijangka pada jam 9 malam ini.

Setakat 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan sejumlah 69 peratus keluar mengundi pada PRK itu.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


Bagaimanapun, tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober lalu selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang layak mengundi secara pos pada PRK itu.

PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihemly DM Zulhasli yang menggunakan simbol kereta.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori