• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

oleh Mynewshub
06/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menegaskan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat selepas pertimbangan yang panjang.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Nurul Izzah merakamkan penghargaan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan parti kerana menghormati keputusannya untuk berundur daripada jawatan tersebut.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku Timbalan Presiden dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengarah Pilihan Raya akan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh kebijaksanaan, hikmah dan ketekunan.

“Saya mendoakan agar setiap urusan mereka dipermudah dalam memikul tanggungjawab ini,” katanya.

Menurut Nurul Izzah, keputusan untuk melepaskan jawatan itu dibuat bagi membolehkan beliau mengorak langkah baharu meneruskan pengajian lanjutan yang berteraskan khidmat dan bakti, serta tidak semestinya terikat dengan dunia politik.

Bagaimanapun, beliau menegaskan akan terus kekal sebagai anggota PKR dan memberikan sokongan kepada perjuangan parti di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota PKR, pimpinan di setiap peringkat serta rakan seperjuangan yang sentiasa memberikan kepercayaan, teguran, doa dan pengorbanan sepanjang penglibatannya dalam parti.

Nurul Izzah turut memaklumkan beliau berharap dapat bertemu semula dengan ahli-ahli parti pada Kongres Nasional PKR yang dijadual berlangsung pada 14 dan 15 Ogos ini.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini memaklumkan bahawa Nurul Izzah telah mengemukakan permohonan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, MPP memutuskan supaya beliau diberikan cuti sementara bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kemudian, selain melantik Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjalankan tugas Timbalan Presiden secara sementara dan Datuk Seri Amirudin Shari mengambil alih tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya parti. – MYNEWSHUB

Tags: keputusanletak jawatanNurul Izzah AnwarPKRTimbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju memberi cuti sementara kepada Timbalan Presiden parti itu,...

DAP Tidak Mendatangkan Impak Buruk – Timbalan Setiausaha Agung PKR

DAP Tidak Mendatangkan Impak Buruk – Timbalan Setiausaha Agung PKR

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Shafi Muhammad mendakwa keberadaan wakil DAP dalam pentadbiran Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd