• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

oleh Mynewshub
22/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM)

Penjelasan itu dibuat hari ini susulan kenyataan media KPM bertarikh 21 September 2026 yang menyatakan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi ditetapkan kepada syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan IPS.

Kenyataan KPM sebelum ini menyebut keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan serta mengadakan perbincangan dengan MITI.

Bagaimanapun, MITI dalam kenyataan menegaskan, kementerian itu tidak mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.

“MITI ingin menjelaskan bahawa pihak Kementerian tidak mempunyai makluman mengenai perkara ini,” menurut kenyataan itu.

MITI turut menjelaskan bahawa perkara berkaitan dasar pemilikan ekuiti Bumiputera berada di bawah bidang kuasa Kementerian Ekonomi menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Menurut MITI, penjelasan itu dibuat bagi memperbetulkan peranan kementerian berkenaan dalam isu tersebut supaya maklumat yang disampaikan kepada orang ramai adalah tepat dan jelas.

Semalam, KPM memaklumkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera yang sebelum ini terpakai kepada IPS tertentu milik syarikat sendirian berhad tidak lagi dijadikan syarat.

KPM dalam kenyataan bertarikh 21 September berkata, keputusan berkenaan dibuat susulan sesi perbincangan dengan MITI.

Ketetapan 30 peratus ekuiti Bumiputera sebelum ini dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006.

Untuk rekod, Menteri Pendidikan ialah Datuk Seri Fadhlina Sidek daripada Pakatan Harapan (PH), manakala Menteri MITI ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani daripada Barisan Nasional (BN) – MYNEWSHUB

Tags: 30% Ekuiti BumiputeraGugur SyaratIPSkeputusanKPMMITINafi Terlibat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

IPS Tidak Perlu 30% Ekuiti Bumiputera: Siapa Sebenarnya Yang Hadir Sesi Perbincangan Tersebut? – Ivone Low

IPS Tidak Perlu 30% Ekuiti Bumiputera: Siapa Sebenarnya Yang Hadir Sesi Perbincangan Tersebut? – Ivone Low

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen mempersoalkan percanggahan kenyataan antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pelaburan,...

Isu 30 Peratus Ekuiti Bumiputera IPS – Satu Kapal, Dua Kompas

Isu 30 Peratus Ekuiti Bumiputera IPS – Satu Kapal, Dua Kompas

22/09/2026
0

DUA kementerian dalam kerajaan yang sama tampil dengan kenyataan yang tidak sehaluan mengenai isu 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd