• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Perak Beransur Pulih, Satu PPS Ditutup

oleh AK-47
29/10/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Banjir Di Perak Beransur Pulih, Satu PPS Ditutup
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Keadaan banjir di Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan kepada 81 orang setakat 10 pagi ini berbanding 263 orang pagi semalam dan satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Behrang di daerah Muallim ditutup pada 8.30 pagi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan kini hanya dua PPS yang masih beroperasi di daerah Hilir Perak dan Kerian.

“PPS yang masih beroperasi ialah PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang menempatkan 40 mangsa daripada 12 keluarga.

“Sementara, 41 mangsa daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak di Kerian yang dibuka pada 24 Oktober lalu,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Ijok di Larut Matang dan Selama (LMS) masih melepasi tahap bahaya apabila merekodkan ketinggian 12.15 meter berbanding paras normal iaitu 10 meter, manakala Sungai Bidor di Changkat Jong masih mencatat paras bahaya 3.93 meter berbanding 2 meter paras normal.

JPS turut melaporkan paras air Sungai Slim di Slim River juga naik menghampiri aras amaran apabila merekodkan bacaan 25.21 meter daripada paras normal 23.50 meter manakala manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang turut berada pada paras amaran iaitu 14.05 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan ribut dan hujan lebat dijangka berlaku pada sebelah petang dan malam di semua daerah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.

Selain itu, F 193 Jalan Proton City di daerah Mualim juga terhalang laluan di kedua-dua arah dan ditutup kepada kenderaan akibat tanah runtuh, manakala di Kerian laluan FT 147 Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.

-Harian Metro

Tags: BanjirPerakPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd