• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

YGMB Sasar 10,000 Guru Jadi Ahli Setiap Tahun

oleh Mohd Arshad
09/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
YGMB Sasar 10,000 Guru Jadi Ahli Setiap Tahun
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON: Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyasarkan seramai 10,000 orang guru menjadi ahlinya dalam setahun sebagai usaha memperkasa kebajikan dan perlindungan golongan pendidik itu di seluruh negara menerusi pelbagai kategori manfaat skim keahlian.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, ketika ini hanya seramai 5,000 hingga 6,000 guru menjadi ahli yayasan tersebut setiap tahun.

“Kami menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu kepada seramai 10,000 orang guru setahun

“Oleh itu, kami akan melaksanakan pelbagai program kerjasama strategik bagi meningkatkan profesionalisme dan kesedaran guru-guru tentang manfaat menyertai YGMB,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pemberian Manfaat Keahlian YGMB sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-29 YGMB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi YGMB, Aminuddin Adam.

Sehingga hari ini jelasnya, terdapat 100,000 keahlian guru yang menyertai YGMB di seluruh negara.

Sementara itu, Wan Munadi berkata, manfaat yang diterima ahli YGMB melibatkan lebih daripada 25 kategori termasuk khairat kematian, bencana, elaun hospital, hadiah kelahiran anak dan hadiah persaraan.

“Pada hari ini, kami telah menyampaiksan sumbangan manfaat kebajikan keahlian YGMB sebanyak RM100,000 melibatkan perubatan akibat kemalangan, penyakit kritikal dan sumbangan khairat kematian,” katanya.

Jelas beliau lagi, pelbagai cabaran guru yang dihadapi ketika ini memperlihatkan mereka memang memerlukan perlindungan kebajikan.

“Jika disebut tentang cabaran dihadapi guru dibandingkan dahulu dan sekarang tidak sama. Sebelum ini, kita jarang mendengar guru disaman dan pelbagai tindakan undang-undang. Mereka (guru) perlu diberi pembelaan sewajarnya dan inilah masa kita perlu membantu guru.

“YGMB juga turut mencari jalan penambahbaikan berkaitan manfaat ahli yang menyertai yayasan ini. Saya juga mengharapkan pandangan pelbagai lapisan guru bagi mencari kaedah menambah baik keperluan dan kelebihan apabila mereka menjadi ahli,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Md. Said Md. Daimon berkata, manfaat yang diberikan oleh YGMB kepada ahli amat baik kerana guru kini yang terdedah pelbagai cabaran.

“Saya sudah menjadi ahli sudah lama dan menganggap caruman sebanyak RM35 sebulan itu berbaloi dengan kelebihan manfaat yang diberikan. Ketika ini seramai 5,000 orang guru di Johor telah menjadi ahli YGMB,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: GuruYGMB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd