• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

oleh AK-47
02/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM
Share on FacebookShare on Twitter

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyekat laman web.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

“Saya rasa itu cadangan yang bagus. Pintu kami sentiasa terbuka, kata timbalan menteri komunikasi dan multimedia itu dalam sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Temon di Pulai, Johor.

“Tiada masalah untuk kita adakan dialog dengan NGO dan pemegang taruh untuk kita tengok apa prosedur operasi standard (SOP) SKMM sebelum ambil tindakan (sekat laman web),” katanya lagi.

Kenyataannya itu susulan gesaan NGO antarabangsa, Reporters Without Borders (RSF) agar Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menghentikan sekatan terhadap laman web berita dalam talian.

Pada Khamis lalu, Pengarah Biro Asia-Pasifik RSF, Cédric Alviani menyuarakan kebimbangan berhubung tindakan sekatan itu yang dibuat tanpa penjelasan atau tindakan di mahkamah.

Mengulas lanjut, Teo berkata SKMM biasanya mengambil tindakan menyekat mana-mana laman web atas arahan polis, selain bertindak terhadap pihak yang didakwa menyebarkan “berita palsu”.

“Senang untuk sebarkan berita palsu, tetapi penyebaran penjelasan (berkenaannya) selepas itu tidak sama efektif.

“Berita palsu boleh tersebar enam kali lebih luas berbanding penjelasan yang diberi…Dalam kes tertentu, kita perlu ambil tindakan lebih drastik,” katanya lagi.

Sejak Jun lalu, laman web yang telah dikenakan tindakan adalah MalaysiaNow, UtusanTV dan TV Pertiwi.

Sekatan itu dibuat walaupun selepas Fahmi memberi jaminan portal berita tidak akan disekat sementara siasatan sedang berjalan.

Sementara itu, Teo dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkunjung ke tapak pemasangan peranti satelit Starlink bagi meningkatkan jaringan internet di kampung Orang Asli di situ.

Teo berkata peranti itu akan menjadi penyelesaian jangka pendek sementara kerajaan berusaha meningkatkan frekuensi sambungan internet.

“Memandangkan kedudukan kampung sangat dekat dengan Singapura, secara automatik sambungan akan mengesan frekuensi yang lebih kuat (dari Singapura),” katanya sambil menambah ia telah menyebabkan masalah kepada penduduk.

Dia berkata Kampung Orang Asli Sungai tenom adalah lokasi keempat yang menerima peranti Starlink, dengan pemasangan seterusnya akan dibuat di pedalaman Sarawak menjelang sambuntan Hari Malaysia pada 16 September ini.

-Malaysia Kini

Tags: kementerianperbincanganSKMMTeo Nie Ching
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Akan Tetap Guna RM – Abang Johari

Next Post

KBS Mahu Yuran Latihan Sukan Diberi Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan 2024

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Semua Kementerian, Jabatan Diarah Tubuh JP4 Pantau Perkhidmatan Dengan Segera

Semua Kementerian, Jabatan Diarah Tubuh JP4 Pantau Perkhidmatan Dengan Segera

21/08/2024
0

PUTRAJAYA : Setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JP4) untuk memantau pelaksanaan penambahbaikan penyampaian...

Next Post
KBS Mahu Yuran Latihan Sukan Diberi Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan 2024

KBS Mahu Yuran Latihan Sukan Diberi Pelepasan Cukai Dalam Belanjawan 2024

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd