• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Curi Lembu Ditemukan Mati Lepas Larikan Kereta Polis

oleh AK-47
25/09/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Suspek Curi Lembu Ditemukan Mati Lepas Larikan Kereta Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang suspek kes curi lembu ditemukan meninggal dunia selepas melarikan kenderaan peronda polis dalam kejadian kira-kira 4.30 awal pagi di Labok, Machang.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Timbalan Ketua Polis Kelantan DCP Mohd Ali Tamby berkata, anggota bertugas kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang menerima laporan terdapat sebuah kereta jenis Toyota Vios warna putih dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Joh di situ.

Katanya, polis kemudian bergerak ke lokasi berkenaan dan terserempak dengan kereta yang dinaiki dua orang lelaki.

“Menyedari kehadiran polis, kereta tersebut memecut melarikan diri dan dikejar pihak polis melalui jalan Machang ke arah Kota Bharu sambil polis memberikan arahan dengan pembesar suara supaya mereka berhenti.

“Pada masa itu berlaku beberapa kali pelanggaran antara kereta suspek dengan kenderaan peronda polis hingga kereta suspek terbabas ke kanan jalan di kawasan Kampung Lambok.

“Semasa anggota polis turun untuk membuat pemeriksaan, suspek yang juga pemandu kereta keluar menyerang anggota polis sambil memegang senjata tajam dan pada masa itu anggota berkenaan memberikan amaran dan terpaksa bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah kaki suspek untuk mempertahankan diri.

“Namun suspek bertindak meluru masuk ke kenderaan peronda polis dan melarikan kenderaan itu ke arah Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Ali berkata seorang suspek berusia 43 tahun ditahan di lokasi kejadian.

Katanya lagi, kenderaan peronda polis yang dilarikan dijumpai berhenti di tepi jalan lebih kurang empat kilometer dari lokasi kejadian.

“Selepas diperiksa mendapati suspek yang berusia 33 tahun itu meninggal dunia di kerusi pemandu dalam kereta peronda,” katanya, sambil menambah mayat suspek dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Dia berkata suspek yang meninggal dunia itu berasal dari Pengkalan Chepa dan memiliki beberapa rekod jenayah.

“Siasatan lanjut mendapati sebelum kejadian suspek terlibat dalam kegiatan mencuri lembu di Kawasan Kampong Joh, ekoran terdapat seekor lembu yang baru disembelih di lokasi tersebut,” katanya lagi.

Tambahnya pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan peralatan mencuri lembu seperti beberapa utas tali, picagari yang mengandungi cecair dipercayai ubat pelali, sebilah parang, pisau dan pengasah.

“Selain itu dokumen pengenalan diri milik seorang lelaki berbangsa Cina beralamat di Sungai Besar, Selangor turut dirampas.

“Kes disiasat mengikut seksyen 307, 379, 379A, 186 Kanun Keseksaan dan 42(1) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

Tags: Kes Curi LembuMATI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Bukan Masa Sesuai Perkenal Semula GST’

Next Post

Projek ETS 93 Peratus Siap, Bakal Beroperasi April 2025

Related Posts

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

Seekor Lagi Kucing Mati Diserang Anjing liar Dalam UM

04/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menerima satu aduan serangan sekumpulan anjing liar ke atas seekor kucing yang berlaku di Universiti Malaya (UM)...

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet

07/07/2024
1

IPOH - Karkas harimau belang jantan yang dipercayai mati dilanggar sebuah kereta di Kilometer 314, Leburaya Utara Selatan arah utara...

Next Post
Projek ETS 93 Peratus Siap, Bakal Beroperasi April 2025

Projek ETS 93 Peratus Siap, Bakal Beroperasi April 2025

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd