Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kediaman Jamal Di Ampang...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan empat lelaki yang dikatakan memecah masuk kediaman...

“Raya Tetap Raya”

KANGAR - Sambutan Aidilfitri tahun ini pasti berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini berikutan...

Pasangan Tular Pakai Gelang...

GEORGE TOWN - Sepasang kekasih yang gambar mereka tular di media sosial kerana...

Video: Pemandu Lori ‘Bebal’...

JOHOR BAHRU - Tindakan kurang bijak seorang pemandu lori yang membuat Pusingan U di...

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet

IPOH – Karkas harimau belang jantan yang dipercayai mati dilanggar sebuah kereta di Kilometer 314, Leburaya Utara Selatan arah utara dekat Tapah pada Sabtu, akan dibawa ke Institut Biodiversiti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Bukit Rengit, Pahang untuk tujuan pengawetan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, buat masa ini karkas haiwan pemangsa seberat 120 kilogram (kg) itu masih berada di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai bagi proses penyimpanan.

“Pengawetan karkas ini hanya boleh dilaksanakan di institut biodervisiti tersebut disebabkan hanya di sana mempunyai tenaga atau kepakaran khusus untuk proses itu.

“Kebiasaannya proses pengawetan ini akan mengambil masa agak lama kerana ia perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan spesimen yang diawet, kekal cantik dan tidak rosak bagi tempoh jangka panjang,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Pada Sabtu, dilaporkan karkas harimau belang berkenaan dijumpai dalam saliran longkang di tepi lebuh raya berkenaan sekitar jam 5.45 pagi, selepas dilanggar sebuah kereta jenis Nissan Juke dipandu seorang lelaki.


Pada 9 November lepas, kejadian seumpama itu turut menimpa seekor harimau jantan yang mati selepas dilanggar sebuah treler di KM 303.4 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Gua Tempurung, Gopeng.

Yusoff berkata, terdapat kesan luka dan calar yang ditemukan pada bahagian sebelah kiri badan harimau berkenaan selepas proses pengecaman dilakukan pihaknya.

“Luka dan calar pada badan harimau itu kemungkinan berlaku disebabkan mungkin terkena perangkap yang dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak Perhilitan sekiranya mempunyai bukti atau maklumat berhubung sebarang kejadian membabitkan haiwan liar di negeri ini.

Bernama-

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori