• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bukan Masa Sesuai Perkenal Semula GST’

oleh Mohd Arshad
25/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Bukan Masa Sesuai Perkenal Semula GST’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak mempertikaikan kelemahan atau kekuatan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), sebaliknya kesesuaian waktu untuk melaksanakannya semula, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Beliau berkata, dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan berikutan negara masih lagi berdepan fasa pemulihan ekonomi pasca COVID-19 dan pelbagai cabaran ekonomi global akibat pergolakan geopolitik, negara masih belum bersedia untuk melaksanakan GST.

“Ini bukan satu perbincangan dari segi kekuatan atau kelemahan sistem percukaian GST… tetapi kesesuaian. Kita perlu melakukan perkara yang betul pada masa yang betul. Kalau lakukan perkara betul tetapi pada masa salah, maka akan memberi beban kepada rakyat,” katanya ketika menggulung perbahasan sidang khas Dewan Negara Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Parlimen, hari ini.

Menurut Chee Keong, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan bagi melihat kesesuaian dan penambahbaikan sistem percukaian sedia ada seperti cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Beliau berkata, kerajaan perlu melihat pelbagai aspek sebelum mempertimbangkan keputusan untuk melaksanakan sebarang dasar percukaian antaranya struktur keseluruhan sistem percukaian negara sedia ada dan batasannya, ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan, kedudukan ekonomi semasa, keperluan hasil kerajaan dan taraf hidup rakyat serta kesediaan rakyat.

Berkenaan pengenalan cukai karbon, Chee Keong berkata sebarang pengenalan cukai baharu perlu dikaji dengan teliti untuk mengambil kira kesannya, bukan sahaja kepada aktiviti ekonomi, malah kepada kehidupan rakyat.

“Oleh itu, kerajaan buat masa ini tidak ada keputusan untuk melaksanakan cukai karbon. Namun, Kementerian Kewangan sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan cukai karbon sebagai antara instrumen harga karbon bagi menyokong aspirasi negara untuk mencapai pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau seperti yang diumumkan dalam RMK-12,” katanya.

Beliau berkata, kajian itu juga merangkumi proses penandaarasan dengan mengenal pasti amalan terbaik yang telah dilaksanakan di negara-negara maju berhubung pelaksanaan cukai karbon.

-Berita Harian

Tags: GST
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd