• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Serah Kepada Mahasiswa, IPT Tentukan Garis Panduan Aktiviti Hiburan’

oleh Mohd Arshad
01/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Serah Kepada Mahasiswa, IPT Tentukan Garis Panduan Aktiviti Hiburan’
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada mahasiswa dan pengurusan setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam menentukan garis panduan bagi penganjuran sebarang aktiviti hiburan yang ingin diadakan.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya lebih cenderung kepada isu pemerkasaan mahasiswa dan memberi bayangan bahawa KPT tidak akan menyediakan sebarang garis panduan tertentu.

“Kita sentiasa cakap mengenai soal pemerkasaan mahasiswa. Kita lebih cenderung kepada mahasiswa tetapkan dan jaga (garis panduan). Jadi, tidak adalah garis-garis panduan seperti itu (tular),” katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Negeri Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr Mohd Zahari Ismail.

Mohamed Khaled ditanya mengenai Garis Panduan Aktiviti Hiburan (Konsert) di IPT di bawah KPT dikeluarkan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) yang tular sejak semalam.

Mengulas lanjut mengenai penularan garis panduan itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi memberi bayangan tidak meluluskan garis panduan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau ingin melihat terlebih dahulu garis panduan dikeluarkan JPT itu dan tidak meletakkan sebarang tempoh masa untuk membuat sebarang keputusan.

“Dia (JPT) belum bawa kepada saya. Saya tidak tahu macam mana boleh tular. Kalau saya setuju luluslah, saya tidak setuju, tidak luluslah.

“Saya belum tengok, jadi saya mahu tengok. Tiada ‘time frame’, lagipun sekarang tengah cuti semester, tiada konsert.

“Jadi, saya tunggu sahajalah dia hantar, mungkin saya ‘slash’ (potong) sahaja semua,” katanya.

Terdahulu, dalam satu portal, Mohamed Khaled dilaporkan berkata, garis panduan yang tular itu belum diluluskan.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Cina, melaporkan berkaitan garis panduan itu yang mengundang kritikan kerana didakwa mengekang hak dan autonomi mahasiswa untuk menganjurkan acara hiburan.

Garis panduan itu antaranya didakwa memperkenalkan kod pakaian yang melarang pakaian memaparkan logo Illuminati, lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) selain simbol-simbol lucah serta rambut punk.

Artis juga dilarang memakai pakaian berbeza jantina, termasuk anting-anting, gelang dan seluar pendek.

Tempat duduk lelaki dan perempuan juga mesti dipisahkan, termasuk kawasan khas untuk penonton yang datang dengan anggota keluarga.

Peraturan lain termasuk, penganjur perlu melakukan semakan latar belakang artis bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam sebarang kontroversi dan penganjur mesti memastikan lagu dipersembahkan tidak mengandungi lirik atau genre yang menyentuh isu-isu sensitif.

‘Mosh pits’ atau tempat orang ramai melompat dan berjoget yang biasa dilihat dalam konsert rock, dilarang sama sekali selain artis dilarang membawa penonton naik ke pentas.

Artis lelaki juga dikatakan dikehendaki mengikat rambut panjang dan semua pembuat persembahan dilarang memakai pakaian mencolok mata, manakala penari dilarang membuat sentuhan fizikal atau terlibat dalam tarian provokatif.

BHonline-

Tags: Aktiviti HiburanDatuk Seri Mohamed Khaled NordinKPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

Letupan Dron Berhampiran Markas UNIFIL, Semua Anggota Tentera Malaysia Selamat

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mengesahkan satu insiden letupan dipercayai melibatkan dron tidak dikenali berlaku berhampiran kawasan Markas Pasukan Interim...

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik dengan kerajaan Norway bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perubahan pendirian negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd