• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM

oleh Mynewshub
06/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Malaysia Guna Saluran Diplomatik Tangani Isu Pembekalan Peluru Berpandu NSM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik dengan kerajaan Norway bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perubahan pendirian negara itu berkaitan kelulusan eksport pertahanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu memberi kesan kepada pelaksanaan kontrak perolehan Malaysia bagi pembekalan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM).

“Kementerian Pertahanan mempunyai kontrak perolehan dengan pihak Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA), Norway.

“Ia bagi pembekalan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) untuk melengkapkan keupayaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan akan terus memastikan kesiapsiagaan dan keperluan strategik pertahanan negara tidak terjejas.

Katanya, hubungan dua hala Malaysia dan Norway yang telah sekian lama terjalin dengan baik akan terus dikekalkan.

“Sebarang tindakan susulan akan dibuat secara teliti dan berpandukan kepentingan strategik negara,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordindiplomasimenteri pertahananNorwayPeluru berpandu NSMpembekalanperolehan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perlukan Kesiapsiagaan Siber, Integrasi AI Hadapi Ancaman Moden

Malaysia Perlukan Kesiapsiagaan Siber, Integrasi AI Hadapi Ancaman Moden

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa kesiapsiagaan pertahanan siber serta integrasi kecerdasan buatan (AI)...

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd