• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Lelaki Tikam Guru Dan Pelajar

oleh Mohd Arshad
28/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menikam tiga guru dan dua pelajar di sebuah sekolah di selatan Sepanyol, kata polis.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Remaja lelaki berkenaan disifatkan oleh rakannya sebagai seorang panas baran.

Dia yang tidak dinamakan itu didakwa menikam lima mangsa itu secara berulang kali sejurus kelas bermula di sekolah di Jerez de la Frontera, kata jurucakap polis, Adrian Dominguez.

“Polis mengesan suspek di tingkat tiga. Dia memiliki dua pisau yang digunakan untuk menyerang mangsa,” katanya.

Bagaimanapun jurucakap itu tidak dapat mengulas mengenai kecederaan yang dialami oleh mangsa, namun media tempatan memaklumkan seorang guru berada dalam keadaan serius selepas ditikam di mata manakala yang lain mengalami kecederaan ringan.

Serangan itu menyebabkan kebimbangan di Sepanyol, di mana jenayah kekerasan agak jarang berlaku.

Ibu bapa bergegas ke sekolah selepas mengetahui mengenai kejadian itu, sekaligus bertindak berkumpul di luar pintu pagar yang dikepung oleh polis.

Datuk Bandar, Jerez de la Frontera Maria Jose Garcia-Pelayo berkata kejadian itu amat dahsyat dan dramatik sehingga menyebabkan semua ibu bapa berada di luar sekolah untuk memeluk anak masing-masing.

Beberapa pelajar memberitahu media Sepanyol bahawa budak lelaki itu sering bergaduh dan cepat marah.

“Saya melihat lelaki itu dengan dua pisau dengan mukanya seperti mahu menikam semua orang,” kata seorang pelajar yang enggan namanya didedahkan kepada televisyen Canal Sur.

BHonline-

Tags: Gururemajatikam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd