• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

oleh Mohd Arshad
16/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu, untuk kembali bersama sebagai sebuah keluarga.

Sehubungan itu, Farid dan Diana mahu segera menyempurnakan proses rujuk di Mahkamah Syariah, tidak lama lagi.

Diana berkata, dia dan Farid sepakat kembali bersama kerana mahu beri yang terbaik untuk cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 8, selain menjalani kehidupan berkeluarga seperti dahulu.

“Secepat mungkin (ke mahkamah untuk proses rujuk). Kami rancang ke mahkamah untuk rujuk dalam masa terdekat, tetapi tidaklah tergesa-gesa.

“Bagi saya, kami masih mencari jalan untuk ke fasa yang lebih baik, jadi, ruang itu perlu ada. Bagi saya, setiap perhubungan itu perlu ada privasi untuk kami.

“Kami mahu kembali bina apa yang pernah dilalui sebelum. Sebenarnya, saya bukan mahu berselindung, tapi takut hendak cakap lebih-lebih.

“Apa yang dibuat ini sejujurnya untuk anak-anak. Kalau hanya untuk diri kami sahaja, kami mungkin tidak ada motivasi tinggi untuk eratkan hubungan,” katanya di sini, hari ini.

Diana berkata, sepanjang lima bulan mereka naik turun mahkamah untuk menjalani proses cerai sebelum ini, ia dilihat sebagai jalan untuk mempelajari sesuatu dan mengukuhkan lagi hubungan mereka.

“Pada saya, proses mahkamah yang dilalui sebelum ini adalah proses untuk dapatkan perkara lebih baik. Kami berdua tidak henti berdoa untuk mendapatkan jalan terbaik..

“Kami juga tidak tahu sebab ini adalah rahsia Allah. Bukan tak hendak umum dalam masa terdekat, tapi perlu rujuk kepada mahkamah terlebih dahulu.

“Apabila kami berpisah, jadi kami bermuhasabah diri dan bertenang. Proses itu juga membolehkan kami berfikir secara rasional,” katanya.

Diana berkata, antara faktor lain, dia mahu kembali ke pangkuan Farid kerana mahu anak-anak merasai kasih sayang seorang ayah.

“Apa yang penting adalah anak-anak. Saya membesar tak dapat kasih sayang ayah. Jadi, kalau ada peluang untuk anak-anak dapat kasih sayang ayah, maka itu adalah hadiah terbesar untuk mereka.

“Kalau anak-anak gembira, ia sudah cukup untuk memberi kebahagiaan kepada kami. Selama lima bulan terpisah disebabkan dugaan ini, saya percaya semua itu ada hikmah,” katanya ditemui selepas membuat persembahan di Karnival Mega Suria di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, hari ini.

Pada karnival itu, Diana menyanyikan lagu baharu berjudul Bersama Dengan Rindu. Pada acara itu, Diana ditemani Farid. Lebih manis, mereka mengenakan persalinan sedondon.

Malah, ada ketika mereka berjalan sambil berpimpin tangan dan Farid dilihat mencium dahi Diana, sekali gus memberi bayangan hubungan mereka sudah kembali harmoni.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan bercerai pada 10 Ogos lalu.

BHonline-

Tags: Diana DanielleFarid KamilRujuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

Next Post

Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Dunia

Related Posts

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

Rasa Sayang Saya Makin Bertambah-Tambah – Farid Kamil

Rasa Sayang Saya Makin Bertambah-Tambah – Farid Kamil

25/05/2023
0

SHAH ALAM – Pelakon Farid Kamil meluahkan bahawa kasih sayangnya terhadap isteri, Diana Danielle semakin bertambah-tambah selepas sekian lama tidak...

Next Post
Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Dunia

Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd