Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Malang! Sudahlah Ferrari Habis...

PEPATAH 'sudah jatuh ditimpa tangga' memang sangat sesuai untuk menggambarkan situasi yang menimpa seorang...

Polis Beli Kasut Untuk...

SEORANG anggota polis di Oregon, Amerika Syarikat terharu dengan seorang gelandangan yang sanggup...

Suruhanjaya Siasatan Diraja Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja mengenai dakwaan salah...

Perhimpunan: Jangan Sentuh Sensitiviti...

PUTRAJAYA - Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta 'Himpunan Rakyat Bersatu' esok sebagaimana...

Rasa Sayang Saya Makin Bertambah-Tambah – Farid Kamil

SHAH ALAM – Pelakon Farid Kamil meluahkan bahawa kasih sayangnya terhadap isteri, Diana Danielle semakin bertambah-tambah selepas sekian lama tidak bersua muka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, berkata, harapannya untuk kembali bersatu dengan isteri tidak pernah punah meskipun diduga pelbagai cabaran rumah tangga.

“Harapan masih sama seperti dahulu. Rasa sayang saya semakin bertambah-tambah.

“Harapnya hari ini dapatlah saya bertentang mata dengan isteri saya (Diana Danielle),” katanya kepada Kosmo! Online sesampainya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, sekitar pukul 2.38 petang sebentar tadi.

Terdahulu, Diana atau nama lengkapnya, Diana Diana Danielle Danny Beeson, 32, hadir ke mahkamah sekitar pukul 2.12 petang.

Hari ini, prosiding sulh kedua berlangsung selepas Diana tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding Sulh yang berlangsung pada 11 April lalu kerana belum bersedia bersemuka dengan Farid.


Sebelum ini, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun, Farid enggan melafazkan cerai dan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak kepada Diana yang membuat permohonan hadanah sebelum ini.

Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000 pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori