Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

19,000 PATI, 427 Majikan...

KUCHING - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lebih 19,000 pendatang asing tanpa izin...

Raja Permaisuri Agong Sambut...

KUALA LUMPUR - Hari ini tanggal 5 Ogos genap usia Raja Permaisuri Agong,...

Polis Marin Tahan 5...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan lima lelaki pendatang asing tanpa...

Magician Guna ‘Kuasa Minda’...

KUALA LUMPUR - Pakar silap mata terkenal Malaysia Kabir Khan Mohamad Reaz akan...

Syarikat Keselamatan Swasta Tempatan Boleh Mainkan Peranan Memperkasakan Keselamatan Di ESSZONE

KUALA LUMPUR : Kerajaan Malaysia diseru memberi peranan dan ruang kepada syarikat keselamatan swasta tempatan untuk menguatkan dan memperkasakan ciri-ciri keselamatan yang sedia ada di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ini adalah supaya negara kita dapat membina satu tembok pertahan yang amat kebal serta mempertahankan kedaulatan negara serta keselamatan negeri Sabah daripada ditembusi atau dicerobohi pihak musuh, terutamanya waris Sultan Sulu yang kini menuntut AS$ 15 billion (RM 69 billion) daripada kerajaan Malaysia.

Nation Security Services Sdn Bhd (NSSSB), sebuah syarikat keselamatan tempatan yang diterajui sekumpulan bekas anggota Angkatan Tentera DiRaja Malaysia, telah baru-baru ini mengemukakan satu cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia supaya sistem pengawasan dan pemantauan tambahan dipasang disekitar ESSZONE.

Mengikut Pengarah Urusan NSSSB, Salim Abd Hamid, bahaya dan risiko sentiasa wujid dikawasan ESSZONE oleh kerana pengaruh pihak asing dan anasir-anasir subversif.

“Oleh sedemikian, kerajaan tidak boleh memandang ringan sama sekali atau leka dengan risiko yang sentiasa wujud dan tersembunyi di ESSZONE,” kata Salim.

“Daripada penyelidikan kami, adalah wajar untuk anggota keselamatan Malaysia di ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah), yang merangkumi anggota Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, untuk mempunyai sokongan dan bantuan teknikal dan fizikal tambahan daripada syarikat keselamatan swasta tempatan.

Mengikut Salim, perkhidmatan yang dicadangkan oleh NSSSB adalah serupa sikit dengan peranan kontraktor pertahan dan keselamatan swasta yang dilantik oleh negara barat seperti Amerika Syarikat untuk mempertahankan aset serta anggota mereka dalam apa jua keadaan di zon perang atau kawasan konflik.

“Kewaspadaan adalah salah satu unsur yang penting untuk menjaga keamanan di ESSZONE dan syarikat keselamatan swasta seperti kami dapat menyediakan kewaspadaan yang berterusan supaya tidak membebankan pasukan keselamatan ESSCOM yang sedia ada.


“Tidak dinafikan, sehingga kini pasukan keselamatan di ESSCOM telah berjaya melakukan tugas yang amat cemerlang dan kami sebagai rakyat Malaysia amat menghargai pengorbanan mereka.

“Tetapi, bukankah ia sesuatu yang bagus dan wajar jika pasukan keselamatan kita mempunyai bantuan tambahan untuk menghadapi segala cabaran dimasa akan datang?” ujar Salim.

Salim menjelaskan bahawa ia amat penting sekali untuk mengelakkan kejadian serupa seperti pencerobohan Lahad Datu pada 2013 yang menyaksikan kehilangan 10 nyawa anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Salim berkata objektif utama cadangan mereka adalah untuk berkerjasama dengan pihak ESSCOM untuk melindungi sempadan Sabah daripada sebarang serangan masa depan yang mungkin berulang angkara kumpulan yang mendakwa mewakili pewaris Kesultanan Sulu.

“Fakta yang tidak dapat dinafikan ialah risiko sentiasa wujud di ESSZONE, terutamanya daripada tentera upahan, militan atau kumpulan yang disokong oleh pembiaya antarabangsa yang ingin menguatkuasakan pembayaran tuntutan AS$ 15 bilion ini bagi pihak waris Kesultanan Sulu.

“Lagipun, lokasi Sabah dan pertikaian yang kini berlaku di Laut Cina Selatan menjadi sesuatu yang boleh membuka ruang untuk oportunis mengambil kesempatan terhadap perairan Dan sempadan Sabah

“Dan kerana ia melibatkan sejumlah wang yang sangat besar, pastinya ini akan membuka peluang untuk pihak-pihak tertentu bekerjasama dengan niat jahat untuk mewujudkan keresahan dan konflik di Sabah, “kata Salim.

“Kami sedia membantu, mempertahankan dan mengorbankan nyawa kami untuk kedaulatan negara pada bila-bila masa jua,” tambah Salim.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori