• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

oleh Mynewshub
18/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem percukaian.

Beliau namun tidak menolak kemungkinan menerima beberapa ciri Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat sesuai bagi mewujudkan sistem percukaian lebih baik.

“SST kita terbuka untuk kaji, untuk perbaiki sistem percukaian, tapi kalau nak bercakap pasal GST sahaja, saya punya kebimbangan, seperti yang saya lahirkan berulang kali.

“Maknanya orang yang tak pernah bayar cukai, mesti bayar. Dengan kos sara hidup, beban rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar menjelaskan, kerajaan tidak menolak kemungkinan mengambil beberapa ciri GST yang dilihat sesuai untuk diadaptasikan dengan sistem percukaian negara.

“Saya dah sebut tadi, pangkalnya masih SST tetapi kalau ada beberapa ciri yang boleh kita terima, kita terima.

“Tapi saya tidak mahu tolak ansur satu hal. Saya tidak mahu cukai ke atas rakyat secara menyeluruh seperti GST kita cukai semua rakyat. Saya tak setuju,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimGSTPerdana MenteriSST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Disaran Tukar Pengerusi Mara

PMX Anwar Disaran Tukar Pengerusi Mara

15/08/2026
0

MELAKA - Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd