• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Dikembalikan Jika BN Menang PRU-16, ‘Bossku’ Dah Buat Yang Terbaik Dahulu – Zahid

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
GST Dikembalikan Jika BN Menang PRU-16, ‘Bossku’ Dah Buat Yang Terbaik Dahulu – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berazam mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya berjaya menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan GST sebelum ini di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan langkah terbaik yang pernah dilakukan.

“Bossku (Najib) dah buat yang terbaik dahulu! Saya dan rakan-rakan BN berazam kalau kita menawan Putrajaya semula, kita terus kembalikan GST!” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-4 di Dewan San Choon, Wisma MCA hari ini.

Kenyataan Ahmad Zahid itu turut disambut dengan sorakan ‘Bossku’ oleh perwakilan MCA yang hadir.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, MCA perlu terus lantang memperjuangkan pelaksanaan semula GST yang dianggap mampu membantu perkembangan perniagaan tempatan.

“Saya mahu MCA membawa cadangan yang boleh dilaksanakan secara bersama, antaranya isu GST. Suara MCA kena kuat dalam memperjuangkan perkara ini. Saya setuju GST dikembalikan,” katanya.

Ahmad Zahid turut mempersoalkan kewajaran Malaysia terus bergantung kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedangkan GST telah dilaksanakan secara meluas di peringkat antarabangsa.

“Ini bukan soal SST kononnya lebih adil dan berfokus. GST dilaksanakan di lebih 170 negara, hanya Malaysia yang tertinggal dan melaksanakan SST umpama menoleh semula ke belakang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan cadangan mengembalikan GST bukan bermaksud menolak pelaksanaan SST, sebaliknya bertujuan memastikan Malaysia mempunyai sistem percukaian yang lebih saksama. – MYNEWSHUB

Tags: BN MenangBosskuDah Buat Yang Terbaik DahuluDikembalikanGSTJikaPRU-16Zahid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

Kertas Siasatan Libatkan MB Negeri Sembilan Dikembalikan Kepada Polis Untuk Tindakan Lanjut

Kertas Siasatan Libatkan MB Negeri Sembilan Dikembalikan Kepada Polis Untuk Tindakan Lanjut

03/11/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mengembalikan kertas siasatan membabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Polis Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.