• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar, Menteri Saksi Pertukaran MoU RM19.84 Bilion

oleh Mohd Arshad
17/09/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Jenayah Penipuan Dalam Talian Meningkat
Share on FacebookShare on Twitter

NANNING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disertai beberapa menteri Kabinet menyaksikan pertukaran tiga memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion antara syarikat Malaysia dan China sempena lawatan kerja sehari beliau ke Nanning, China.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menteri itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Maklumat yang dikongsi Pejabat Perdana Menteri (PMO) menunjukkan MoU pertama dengan nilai pelaburan dianggar RM15 bilion (AS$5.2 bilion) adalah antara Citaglobal Bhd dan Shanghai Sus Environment, yang mana kedua-dua syarikat akan meneroka potensi kerjasama pembangunan loji jana kuasa sisa kepada tenaga terutama di Malaysia.

MoU kedua bernilai kira-kira RM2.34 bilion (AS$500 juta) pula adalah pertukaran antara PM Access World dan Beibu Gulf Port Group.

Ia membabitkan kerjasama pergudangan dan logistik antara kedua-dua syarikat dalam menyokong Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu rantau ini untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangxi serta Malaysia.

Sementara itu, MoU terakhir dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion ialah antara Sime Darby Oils International Ltd dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group.

MoU ini membabitkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan mengadakan lawatan kerja sehari ke Nanning atas undangan Perdana Menteri China, Li Qiang bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) 2023 di sini.

Bernama-

Tags: Anwar IbrahimChinaMoU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd